Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 27 October 2008

KOROBORI QUBER 2008 ...


Perkhemahan Murid Lepasan UPSR 2008 Pengakap Kanak-Kanak Hulu Terengganu akan dilaksanakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang. Program ini akan bermula dari 28 Oktober sehingga 01 November 2008. Dijangkakan seramai 150 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak seluruh daerah Hulu Terengganu akan menghadirinya. Program ini adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu.


Objektif program ini dijalankan adalah untuk mengisi masa lapang murid-murid lepasan UPSR serta memupuk semangat ptriotik serta integrasi di kalangan murid-murid yang akan melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun depan.
Sebanyak 16 aktiviti yang berbentuk penyertaan telah dirancangkan anataranya menyeberangi sungai, komunikasi radio amatur, kemahiran kompas, kembara hutan dan lain-lain lagi. Manakala 4 aktiviti pertandingan juga dirancangkan antaranya ialah pertandingan azan, orienteering, persembahan dan kumpulan terbaik.

No comments:


Designed by Najjah Indahart