.jpg)
Encik Wan Senari Wan Ibrahim, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Besut (Jurulatih Kanan Kebangsaan) selaku Pemantau program ini berpuashati dengan pelaksanaan aktiviti sepanjang program berjalan. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pendidikan luar, antaranya "Flying Fox", "Trust Game", "Spider Web", "Orienteering" dan lain-lain lagi.
Peserta-peserta juga telah diberikan pendedahan persekolahan alam Sekolah Menengah oleh Tuan Haji Mohd Rahimi dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Salleh bin Haji Busu, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program ini juga telah mendapat perhatian Encik Ismadi Zakaria, Pegawai Khas Pusat Kokurikulum dan juga Encik Razak Said selaku Pegawai Meja Program ini.
Seorang peserta sedang menerima sijil penyertaan dari Tuan Haji Salleh bin Haji Busu, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment