Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 23 March 2010

Al- Fatihah dan Takziah untuk keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Sulaiman Daud

Mantan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital besar Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi – Bernama
Tan Sri Dr Sulaiman Daud adalah Menteri Pelajaran Malaysia dari tahun 1981 – 1984 dan sekali lagi dilantik pada tahun 991-1995. Allahyarham dan Tan Sri Mohamed Khir Johari adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pernah dilantik sebanyak dua kali.

Jawatan yang pernah disandang:

  • 1984-1986 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • 1986-1989 – Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah
  • 1986-1989 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1990-1991 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 1995-1999 -Menteri Pertanian
  • 2000-2005 - Pro-Chancellor, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • 2005 - Chancellor, The International Medical University (IMU).

Beliau mendapat pendidikan awal di Merpati Jepang School, Kuching, Sarawak dan Madrasatul Islamiah, Kuching, Sarawak. Pada peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran di St. Joseph’s Kuching, Sarawak. (1955-1956) sehingga Tingkatan Enam.

Beliau meneruskan pengajian di Otago University Dunedin, New Zealand dari tahun 1958-1962 dengan Bachelor in Dental Surgery dan di University of Toronto, Canada pada tahun 1964-1965 untuk Diploma in Public Health & Comparative Political Studies.

Sebelum menyertai politik dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, pada tahun 1971 beliau pernah mengajar di Madrasah Melayu Kuching, Sarawak.

Beliau pernah bertugas sebagai doktor pergigian di Kuching, Miri, Limbang dan Lawas .

No comments:


Designed by Najjah Indahart