Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 18 March 2010

PEMBAHARUAN PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

  • Ruj. Kami : P.T.12017-02/21 (45 )
    Tarikh : 07 Februari 2010

    Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.
    Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
    Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.
    Pegawai Pelajaran Daerah Dungun.
    Pegawai Pelajaran Daerah Besut.
    Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.
    Pegawai Pelajaran Daerah Marang.

    Tuan,

    PEMBAHARUAN PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Adalah dimaklumkan bahawa semua kumpulan, Pemimpin, Pen. Pemimpin, Ahli Biasa dan Ahli Pengakap (semua unit) perlu memperbaharui pendaftaran setiap tahun.

    3. Untuk makluman tuan mulai tahun 2010 lbu Pejabat Pengakap Malaysia telah menyerahkan urusan pendaftaran kepada PPM Negeri untuk menguruskan sendiri pendaftaran negeri masing-masing. Kad-kad Keahlian dan resit bayaran akan dikeluarkan oleh PPM Negeri Terengganu sendiri.

    4. Semua borang pendaftaran Borang PPM-1A dan PPM-1B (Borang Keahlian Individu dan Pemimpin) dan bayaran daripada semua sekolah atau kumpulan daerah tuan perlu dihantar terus kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, d/a Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, 20604 KualaTerengganu (U.P.: Unit Disiplin). Satu salinan Borang PPM-1(C) hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing.

    5. Sehubungan itu, saya memohon supaya dapat pihak tuan mengedarkan semua borang berkembar : Borang PPM-1A (Ahli), PPM-1B (Pemimpin/PP), PPM-1C (Borang Kawatan), PPM-9a (untuk pemimpin baru) dan PPM 8 (untuk kumpulan baharu sahaja) ke semua sekolah menengah dan rendah di daerah tuan. Sila hubungi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (019-9135366) atau Ketua Pen. Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran) (019-9878677) sekiranya memerlukan maklumat lanjut.

    6. Dengan sokongan dan kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
    “BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”

    Saya yang menurut perintah,
t.t.

(HAJI SALLEH BIN HAJI BUSU)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k:
- YBhg. Dato' Pengerusi MPNT.
- Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.
- lbu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

No comments:


Designed by Najjah Indahart