Ruj. Kami : PPM-(60 121/2010
Tarikh : l8 Februari 2010
SEMUA Ketua Pesuruhjaya / Pesuruhjaya Pegakap Negeri
YBhg./YH/Dato'/Datuk/Tuan,
MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP KELANA SEMUA PERINGKAT
(KUMPULAN, DAERAH, NEGERI, KLM, KLKM)
Dengon segala hormat dan sukacitanya ingin saya menjemput semua Pemimpin Pengakap Kelana di semua peringkat seperti yang tersebut di atas bagi membincangkan program-program kelana untuk tahun 2010 - 2011. Mesyuarat ini adalah penting bagi menentukan tenaga-tenaga kelana yang kita ada, kumpulan-kumpulan yang mash aktif agar usaha dan perkhidmatan mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diselaraskan agar tidak ada program yang bertindih. Di samping itu bagi memberi peluang lbu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia menyusun agenda dan kalender khusus untuk Pengakap Kelana dalam negeri dan luar negeri.
2. Sehubungan itu, masanya sudah sampai untuk kita menggunakan tenaga kelana dengan sepenuhnya secara tersusun kerana apa yang kita ketahui bahawa kelana banyak memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan Pengakap secara professional. Ini telah terbukti apabila kelana menjadi kumpulan lST, usaha serta kegigihan mereka membantu pihak-pihak sasaran sangat- sangat dibanggakan.
3. Oleh yang demikian, saya sangat-sangat berharap kepada semua Pemimpin-Pemimpin Pengakap Kelana dapat melapangkan masa untuk menghadiri majlis perbincangan serta forum pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dilampirkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN''
“SATU MALAYSIA''
Yang ikhlas,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
No comments:
Post a Comment