Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 18 October 2010

JAMBORI BUDAYA SERUMPUN 2 DI SAMBAS KALIMANTAN BARAT 2OIO

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia telah menerima undangan daripada Gerakan Pramuka lndonesia yang akan mengadakan jambori tersebut di atas mulai 14 hingga 18 Disember 2010 di Bumi Perkhemahan Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, lndonesia.

3. Jambori ini akan disertai oleh pengakap dari lndonesia, Malaysia dan Brunei. (bertaraf antarabangsa). Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah diminta untuk memanjangkan undangan ini kepada semua pesuruhjaya, pemimpin, kelana dan ahli pengakap ( muda dan remaja ) yang berminat di Negeri Terengganu.

4. Syarat penyertaan :
4.1 Menguruskan sendiri tempahan tiket kapalterbang (airasia /mas) Kuala Lumpur - Kuching pergi dan balik ( pergi pagi 13 Dis. 2010 dan balik petang 19 Dis. 2010 ) .
4.2 Yuran Penyertaan RM 300.00 (makan-minum, kit jambori, lawatan dan aktiviti).
4.3 Tambang bas pergi-balik lapangan terbang Kuching ke tapak jambori di Sambas (akan dimaklum)
4.4 Setiap peserta mesti mempunyai pasport antarabangsa ( mesti sebelum 6 bulan tamat tempoh)
4.5 Tambang bas pergi-balik Kuala Terengganu-Kuala Lumpur.
4.6 Membawa semua peralatan berkhemah sendiri (khemah, sleeping bag dsb).
4.7 Tarikh akhir menyerahkan Borang penyertaan dan salinan slip/tiket kapalterbang ialah pada 15 November 2010 (Jangan tunggu saat akhir boleh mula hantar sekarang)

5. Sehubungan itu, dimohon tuan memanjangkan undangan ini kepada semua sekolah menengah dan mereka yang berminat di daerah tuan. Maklumat lanjut akan dihantar kepada semua yang telah membuat pengesahan untuk menyertai jambori tersebut (Borang disertakan bersama ini).

6. Senarai nama peserta yang akan menghadiri jambori tersebut akan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk memohon pelepasan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
"IMALAYSIA''

Saya yang menjalankan tugas,


(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul lman.

s.k.
- Dato'PengerusiMPNT.
- Setiausaha Kht. dan Bendahari Kht MPNT.

No comments:


Designed by Najjah Indahart