Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 18 October 2010

PERUBAHAN TARIKH : JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE.12, 2011 DAN ''TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2O11"

Ruj, Kami: PPM.NT/01/10 ( 47 )

Tarikh : 10 Oktober 2010


YBhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh,

Ketua Pengakap Negara.


YBhg. Dato'Seri,


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa lnduk Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Kali Pertama pada 22 September 2010 di bilik Mesyuarat EXCO Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh YB. Haji Mohd Razif bin Abdul Rahman, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, selaku Pengerusi Jawatankuasa lnduk Jambori ini bersetuju untuk menunda tarikh jambori tersebut seperti mana berikut:


Tarikh : 19 hingga 25 November 2011

Tempat : Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu.

Pendaftaran : 19 Oktober 2011

Tamat/Balik : 25 November 2010


3. Maklumat selanjutnya akan saya sampaikan selepas ini kepada YBhg. Dato' Seri dan lbu Pejabat Pengakap Malaysia.


4. Dengan sokongan dan kerjasama YBhg. Dato'Seri diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN "

"1MALAYSIA'


Saya yang menjalankan tugas,



( HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT., PJK.)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,

Negeri Terengganu Darul lman.


s.k.

- YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

- YB. Haji Mohd Razif bin Abdul Rahman EXCO Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi JK Pengelola)

- YBhg. Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

- Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

- Ketua Pegawai Eksekutif, lbu Pejabat PPM.

- Dato' Pengerusi MPNT.

- Sekretariat Jambori Pengakap malaysia ke-12, 2011.

- Setiausaha Kht. MPNT.

- Bendahari Kht. MPNT.

- Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Negeri Terengganu.

- Semua Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pen. Pesuruhjaya Negeri Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart