Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 25 October 2010

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (BIDANG TUMPUAN) PENGURUSAN KOPERASI (KERJASAMA MKM-UUM)

  • Haji Yaacob bin Abdul Karim,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
  • Encik Ismail bin Ku Ishak, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah
  • Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan
  • YBhg. Datuk Haji Abdul Kader bin Md. Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka
  • Encik Hamdan bin Haji Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan
  • YH. Dato’ Haji Lias bin Mohd. Noor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
  • Encik Ahmad Azam Shah bin Abd. Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
  • Encik Rahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis
  • Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang
  • YBhg. Datuk Awang Zainie bin Haji Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
  • Encik Dunstan Melling anak Undau, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak
  • Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
  • Tuan Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
  • YBhg. Mejar Mior Rosli bin Dato’ Mior Mohd Jaafar (Bersara), Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP, Kuala Lumpur
  • Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Lamudin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP, Labuan
  • Encik Mohd Radzi bin Johari, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLM - IPGM
  • Tuan Haji Rosdi bin A. Rahman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM - IPT

YBhg. Tuan,


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (BIDANG TUMPUAN) PENGURUSAN KOPERASI (KERJASAMA MKM-UUM)

Adalah saya dengan segala hormatnya ingin memaklumkan bahawa Maktab Kerjasama Malaysia akan menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi. Program ini adalah merupakan program kerjasama diantara Maktab Kerjasama Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.


2. Untuk Makluman tuan, program ini merupakan program sepenuh masa yang akan dijalankan di kampus MKM Petaling Jaya. Sesi pengajian akan bermula pada 26 Disember 2010. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2010. Pihak MKM ingin menawarkan kepada anggota, kakitangan koperasi dan anak-anak anggota koperasi yang berkelayakan untuk bersama-sama mengikuti program ini.


3. Oleh yang demikian, saya diarah untuk memanjangkan Jemputan tersebut kepada YBhg Tuan untuk perhatian dan tindakan.


4. Bersama-sama ini dikepilkan surat dari Maktab Kerjasama Malaysia dan borang Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah tersebut..


5. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program Ijazah tersebut YBhg tuan bolehlah merujuk terus Penyelaras BBA UUM-MKM Sesi Disember 2010/2011 , Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi Maktab Kerjasama Malaysia. di talian 03-79604099/239, 012 9792367 .


Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

“1 Malaysia”


Yang menjalankan tugas,

Persekutuan Pengakap Malaysia

MOHD AZRI BIN RAMLI @ HISHAM

Pen. Pegawai Eksekutif Kewangan

b.p Ketua Pegawai Eksekutif

s.k. - File

No comments:


Designed by Najjah Indahart