Salam Akela. PPM Hulu Terengganu ... Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989).Semoga dengan wujudnya blog ini akan memberikan satu sumber rujukan kepada semua Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap dari semua unit (PKK,PM,PR,PK,PL,PU). Sila email kepada kami laman web anda untuk dibina pautannya ke web anda... Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu... esh_tie@yahoo.com atau quberscout@gmail.com Paparan Terbaik 1280 X 800
Click Here To Help Quberscout To Survive...
Selamat Datang...
Thursday, 13 November 2008
JAJ2008 .. SUB KEM & KETUA SUB KEM
Subkem 1 - Endau Rompin (PPNJ En. Mukim Katimun)
Subkem 2 - Tanjung Piai (PPNJ Hj. A Rahman Johan)
Subkem 3 - Pulau Sibu (PPNJ Hj. Ramli Mat)
Subkem 4 - Kukup (PPNJ Hj. Ibrahim Abdullah)
Subkem 5 - Gunung Ledang (PPNJ Hj. Sahak Haron)
Subkem 6 - Desaru (PPNJ Hj. Hamzah Taib)
Subkem 2 - Tanjung Piai (PPNJ Hj. A Rahman Johan)
Subkem 3 - Pulau Sibu (PPNJ Hj. Ramli Mat)
Subkem 4 - Kukup (PPNJ Hj. Ibrahim Abdullah)
Subkem 5 - Gunung Ledang (PPNJ Hj. Sahak Haron)
Subkem 6 - Desaru (PPNJ Hj. Hamzah Taib)
Pusat Urusetia Aktiviti Jambori Antarabangsa Johor 2008
Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti : Encik Ishak Kodri
Aktiviti terbahagi kepada dua bahagian :
- Aktiviti Lencana Jambori
- Aktiviti Pertandingan
Sebarang info terkini Jambori Antarabangsa Johor 2008, sila layari http://ujij08.blogspot.com/
TAHNIAH ...
KEPADA
SEMUA AHLI PENGAKAP KANAK-KANAK
YANG TELAH MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
DI DALAM
UPSR 2008
SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT TEMPAT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR YANG
CEMERLANG .. GEMILANG .. TERBILANG
DAN
TERUS BERPENGAKAP
DARIPADA
AKELA DAN WARGA QUBERSCOUT
Wednesday, 12 November 2008
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... BERTUKAR LENCANA DENGAN WARGA QUBER
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... Info Penyertaan
Sekretariat Jambori Antarbangsa Johor mewartakan sepertimana berikut:
Daerah yang telah mengesahkan penyertaan:
Negeri-negeri yang telah mengesahkan penyertaan:
Semoga berhati-hati dijalan raya, dan tiba di tapak jambori dengan selamatnya.
Daerah yang telah mengesahkan penyertaan:
- Daerah Muar
- Daerah Kluang
- Daerah Pontian
- Daerah Segamat
- Daerah Mersing
- Daerah Kulaijaya
- Daerah Batu Pahat
- Daerah Kota Tinggi
- Daerah Johor Bahru
Negeri-negeri yang telah mengesahkan penyertaan:
- Selangor Darul Ehsan
- Melaka
- Kedah Darul Aman
- Perak Darul Ridzwan
- Pahang Darul Makmur
- Perlis Indera Kayangan
- Sabah "Di Bawah Bayu"
- Sarawak "Bumi Kenyalang"
- Kelantan Darul Naim
- Terengganu Darul Iman
- Pulau Pinang
- Negeri Sembilan Darul Khusus
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Semoga berhati-hati dijalan raya, dan tiba di tapak jambori dengan selamatnya.
Bersama-sama kita memeriahkan Jambori Antarabangsa Johor 2008... Harapannya, nanti orang Johor kalau ada Jambori kat tempat lain pon bolehlah sama-sama join... Kita perkukuhkan PERSAUDARAAN PENGAKAP SEJAGAT... AKELA
MISI MUSTAHAK ... Menapak ke "BP House"
Selesai menunaikan solat Subuh... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg meninjau gerai untuk bersarapan... Alhamdulillah, perut harus diisi walaupun badan belum bersiram... Setelah selesai bersarapan sambil berbincang-bincang arah tujuan sambil menghantar beberapa SMS kepada beberapa rakan kotaraya sekadar untuk bertanya khabar serta memaklumkan kehadiran kami... Tapi nampak gayanya... Rakan-rakan tak dapat membalas SMS kami, mungkin sedang bersarapan atau pun mungkin belum bangkit dari mimpi... Al-maklumlah insan kotaraya... Kira-kira jam 8.00 pagi, AKELA dan rakan-rakan membuat keputusan untuk menaiki teksi kotaraya untuk menjejak kaki ke "BP House"... Memang senang sahaja mendapatkan teksi di kotaraya ni... Teksi berlalu menuju "BP House" dengan muatannya (AKELA dan rakan-rakan) di celah kesibukan kotaraya di awal pagi... Tak lama selepas itu kami sampai... RM6.00 dihulurkan kepada pemandu teksi tersebut... "BP House" masih lagi tertutup... AKELA masih ingat disebelah belakang sedikit "BP House" terdapat sebuah kedai mamak... Sekali lagi, AKELA dan rakan-rakan mengadap rezeki pagi... Bagi AKELA inilah seronoknya dapat menikmati roti canai... Sebab semasa Pok Lie dan SU Htrg menikmati nasi lemak di gerai Hentian Putra tadi, AKELA hanya menghirup "nescafe" tarik sahaja... Sedang kami mengadap rezeki pagi, AKELA terpandang Tuan Haji Shukur, Shahril dan seorang staff perempuan dari "BP House" datang ke kedai mamak untuk menikmati sarapan... AKELA hanya mampu membisikkan kepada Pok Lie dan SU Htrg tentang mereka... Nak disapa tak berani... Maklum sahaja mereka tidak mengenali kami... Apa pulak kata mereka... Kami biarkan detik itu berlalu...
Kira-kira jam 9.00 pagi, kami memberanikan diri untuk melangkah kaki ke "BP House"... Lokasi yang paling mengujakan AKELA ialah Bilik Setiausaha Kerja Latihan... Dan orang yang paling ingin ditemui ialah Tuan Shahril Kuru... Kami memperkenalkan diri kepada beberapa orang ibupejabat... Kami menceritakan tujuan serta misi kehadiran kami kepada mereka... Alhamdulillah, Tuan Shahril melayan kami dengan baik walaupun kami hanyalah sebilangan pemimpin kecil dari kejauhan dan dalam kesamaran... Banyak penerangan yang telah diberikan oleh Tuan Shahril... Terasa diri kami beruntung pula, apabila Tuan Shahril memaklumkan kami bahawa Kursus Kepimpinan Manikayu berubah format lagi... Dan kami antara orang yang paling awal memperolehinya... Setelah semuanya telah selesai, kami memohon kebenaran untuk berehat buat seketika serta menyiramkan badan kami... Alhamdulillah... AKELA pula perlu mengecas semula telefon kerana kehabisan bateri... Hehehe... Biasalah telefon tua... Pok Lie dan SU Htrg mengambil sedikit masa untuk berehat dan bersiram... AKELA terus memburu punca kuasa elektrik yang boleh mengecas semuala telefon AKELA... Maklum sahaja "BP House" adalah rumah lama serta punca kuasa (Plag) yang sedia ada tak sesuai untuk dicucuk pengecas bateri telefon AKELA... Menyelongkarlah AKELA dari bilik ke bilik sehingga sampai AKELA ke sebuah bilik yang dihuni oleh seseorang... AKELA belum mengenalinya... Namun AKELA menggagahkan bibir AKELA untuk bertanya perihal masalah AKELA... Dan AKELA telah dibenarkan untuk menggunakan bilik operasi Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negara... hehehe.. Terima kasih... Lelaki itu kelihatannya serius... Kemudian beliau memanggil AKELA... Apakah soalan yang mungkin ditanyanya kepada AKELA... Berputar-putar pelbagai soalan serta tanggapan di kotak mina AKELA...
Kira-kira jam 9.00 pagi, kami memberanikan diri untuk melangkah kaki ke "BP House"... Lokasi yang paling mengujakan AKELA ialah Bilik Setiausaha Kerja Latihan... Dan orang yang paling ingin ditemui ialah Tuan Shahril Kuru... Kami memperkenalkan diri kepada beberapa orang ibupejabat... Kami menceritakan tujuan serta misi kehadiran kami kepada mereka... Alhamdulillah, Tuan Shahril melayan kami dengan baik walaupun kami hanyalah sebilangan pemimpin kecil dari kejauhan dan dalam kesamaran... Banyak penerangan yang telah diberikan oleh Tuan Shahril... Terasa diri kami beruntung pula, apabila Tuan Shahril memaklumkan kami bahawa Kursus Kepimpinan Manikayu berubah format lagi... Dan kami antara orang yang paling awal memperolehinya... Setelah semuanya telah selesai, kami memohon kebenaran untuk berehat buat seketika serta menyiramkan badan kami... Alhamdulillah... AKELA pula perlu mengecas semula telefon kerana kehabisan bateri... Hehehe... Biasalah telefon tua... Pok Lie dan SU Htrg mengambil sedikit masa untuk berehat dan bersiram... AKELA terus memburu punca kuasa elektrik yang boleh mengecas semuala telefon AKELA... Maklum sahaja "BP House" adalah rumah lama serta punca kuasa (Plag) yang sedia ada tak sesuai untuk dicucuk pengecas bateri telefon AKELA... Menyelongkarlah AKELA dari bilik ke bilik sehingga sampai AKELA ke sebuah bilik yang dihuni oleh seseorang... AKELA belum mengenalinya... Namun AKELA menggagahkan bibir AKELA untuk bertanya perihal masalah AKELA... Dan AKELA telah dibenarkan untuk menggunakan bilik operasi Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negara... hehehe.. Terima kasih... Lelaki itu kelihatannya serius... Kemudian beliau memanggil AKELA... Apakah soalan yang mungkin ditanyanya kepada AKELA... Berputar-putar pelbagai soalan serta tanggapan di kotak mina AKELA...
- IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT PENGALAMAN SERTA PENGAKHIRAN MISI MUSTAHAK 2008...
JAMBORI ASIA PASIFIK KE-18 / MALAYSIA KE-9 ... Lencana
LENCANA JAMBORI
Jambori Asia Pasifik ke-18/ Jambori Malaysia ke-9
Kem Bukit Keluang, Besut,
Terengganu Darul Iman.
LENCANA ANUGERAH AKTIVITI
Jambori Asia Pasifik ke-18/ Jambori Malaysia ke-9
Kem Bukit Keluang, Besut,
Terengganu Darul Iman.
Jambori Asia Pasifik ke-18/ Jambori Malaysia ke-9
Kem Bukit Keluang, Besut,
Terengganu Darul Iman.
** Sepanjang jambori ini berlangsung, AKELA bertugas sebagai Setiausaha Sektor Aktiviti 2... Sektor ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan permainan tradisional seperti permainan gasing, sepak raga, melukis batik dan sebagainya. Manakala aktiviti lain antaranya aktiviti kebombaan, "roller skate", pentanque dan lain-lain lagi... Memang tak ramai kenalan yang AKELA perolehi sepanjang program ini kerana AKELA terlampau sibuk melayan kerenah pelbagai peserta dan petugas yang pelbagai taraf serta jawatan... Namu begitu, AKELA amat berpuashati kerana mendapat banyak pengalaman dalam pengurusan aktiviti serta penjadualan aktiviti... Hari masih terdetik di benak fikiran AKELA, bilakah JAMBORI seperti ini akan datang ke bumi TERENGGANU ini... AKELA terus menanti dan menanti dengan penuh harapan...
Monday, 10 November 2008
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... Sejarah Ringkas Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh
Tapak Kem Jubli Intan Tanjung Laboh atau turut dikenali dengan "Diamond Jubilee Park" telah diambil bersempena nama dari Perayaan Kerajaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955). Tapak kem ini berkeluasan lebih kurang 34 1/2 ekar. Pada 23 Mac 1956, YTM Tengku Mahkota (kemudiannya bergelar DYMM Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim) telah berkenan merasmikan kem ini.
Sehingga kini sebanyak 24 kali jambori telah diadakan termasuklah Jambori Antarabangsa Johor yang akan menjelang pada 15 hingga 20 November 2008 nanti.
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... SUB KEM
Terdapat 6 subkem utama;
- Subkem 1 - Endau Rompin
- Subkem 2 - Tanjung Piai
- Subkem 3 - Pulau Sibu
- Subkem 4 - Kukup (Terengganu, Perak, Sarawak, P.Pinang,Negeri Sembilan & Kelantan)
- Subkem 5 - Gunung Ledang
- Subkem 6 - Desaru
MISI MUSTAHAK ... Kembara Hulu ke Kotaraya
6 November 2008, hari Khamis... Tibalah saatnya yang dinanti-nantikan... Memang AKELA terlampau berkejar-kejar... Kerana pada saat ini juga, anak sulong AKELA (Siti Nur Nasuha) berkhemah buat kali pertamanya... Setelah dipujuk beberapa hari sebelum ini... Akhirnya AKELA cuba tidak menghampakan Along... Paginya, AKELA terlibat dengan Taklimat Reakreasi dan Pengurusan Kokurikulum yang jayakan oleh pensyarah-pensyarah dari Institut Perguruan Ibu Kota... Kira-kira jam 2.00 petang semuanya selesai... Tanpa menjamah rezeki tengah hari yang disediakan, AKELA bergegas balik ke rumah untuk membersihkan diri seterusnya menjenguk Along di tapak perkhemahan bersama sedikit buluh... Terukir senyuman... Tanda kepuasan dengan kehadiran AKELA agaknya... Namun begitu, seberapa pantas yang termampu oleh AKELA cuba menyiapkan satu binaan gajet dapur buat Along dan kumpulannya... Berhempas pulas seorang diri dengan dibantu oleh rakan-rakannya yang semestinya tidak berpengetahuan tentang binaan gajet... Akhirnya, terbina sebuah gajet dapur yang 90% siap... AKELA agak kecewa juga sebab tak dapat menyiapkan 100% sebab masa terus mencemburui AKELA... Jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang... AKELA perlu juga menyiapkan diri pula untuk meneruskan "Misi Mustahak"... Namun sekurang-kurangnya, Along dan ahli-ahli kumpulannya mampu berbangga dengan binaan gajet dapur tersebut...
Selepas solat Maghrib, AKELA dah berada di tepi Persimpangan Felda Jerangau Barat menanti dengan penuh kesabaran "flight" Kenyir tiba dari landasan QUBER... Pok Lie dan SU Htrg telah pun berada di dalam pesawat... Kurang lebih, pukul 9.20 malam pesawat Kenyir tiba... AKELA mendaki tangga pesawat dengan pelbagai perasaan berbaur... pelbagai agakan di dalam kotak minda... Bermain-main di setiap pelusuk, ceruk fikiran... Perjalanan yang memakan masa yang panjang ini terasa semakin panjang masanya... Cuba melelapkan mata tetapi fikiran tidak terlelap... Pesawat Kenyir hanya berhenti sekali di Hentian Lebuhraya Pantai Timur... Pilihan terakhir bagi AKELA ialah menikmati makan tengah malam (sebenarnya dah pagi) lebih kurang pukul 12.00 tengah malam... Setelah beberapa ketika, pesawat mula bergerak semula... Tetapi kali ini AKELA mampu melelapkan mata seketika... Kira-kira pukul 4.00 pagi pesawat tiba dengan selamat di Terminal Hentian Putra... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg mencongak-congak waktu menanti suboh... Berbincang tetapi tiada fokus...
- IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT PENGALAMAN SERTA PERJALANAN MISI MUSTAHAK 2008...
Sunday, 9 November 2008
IMBASAN KEMPORI QUBER 2008 ... Lensa Team Delta Rovers
Rakaman ini baru diperolehi oleh AKELA dari Team Delta Rovers ... Semoga sekurang-kurangnya kita dapat menghijaukan kembali kenangan Kempori di bawah Tasik 2008...
MISI MUSTAHAK ... Langkah Bermula
Setelah semua dokumen yang diperlukan disediakan... Di samping kesibukan menyusun program daerah (Korobori Quber 2008)... Di samping kesukaran mendapatkan kewangan untuk menyelesaikan beberapa bayaran... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg menyusun strategi... AKELA mengumpul maklumat berkaitan Kursus Kepimpinan Manikayu yang telah dilaksanakan (senarai nama peserta dan perkara yang berkaitan), manakala SU Htrg pula mengumpul data pendaftaran Kumpulan dan Keahlian Pengakap yang telah dibayar oleh kumpulan-kumpulan... Tindakan seterusnya adalah mendapatkan wang yang telah dimasukkan ke akaun Majlis Pengakap Daerah... Memang penat... Memang sukar... Itulah yang terpaksa dialami oleh kami bertiga... Kekadang kami kongsikan perasaan dengan beberapa orang rakan seperjuangan yang hanya mampu bersimpati dengan usaha kami... Akhirnya, SU Htrg dan Bendahari Majlis pengakap Daerah telah dapat mencapai kata sepakat untuk menguruskan kewangan... Lega... Gembira.. Itulah perasaan AKELA... Dan AKELA pun berfikir rakan-rakan yang menyokong gerakan kami itu pun sama... AKELA dan rakan-rakan menetapkan pada 05/11/2008 (Rabu) untuk bertemu rakan-rakan... Berbincang pasal strategi dan pelbagai lagi isu yang melanda Pengakap Negeri Terengganu... Alhamdulillah... Kata sepakat telah dibuat... Tiket "Flight" Kenyir telah dibeli... Pok Lie dan SU Htrg akan menaiki "flight" Kenyir dari Bandar di bawah Tasik... Manakala AKELA akan menyusul di pertengahan jalan... Tak sangka di kotak fikiran AKELA kerja atau tugasan yang sesenang ini akan menjadi sesukar ini... Debaran di hati AKELA, ialah jika semua ini gagal... AKELA adalah orang yang paling malang dan paling malu di bumi QUBER... Namun AKELA sentiasa berfikiran positif, "Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, hidup kita bukan untuk menimbulkan masalah tetapi untuk menyelesaikan masalah."... Dengan sokongan serta doa rakan-rakan seperjuangan di dalam Pengakap daerah telah menguatkan semangat AKELA... Kerana AKELA sedar bahawa AKELA dan rakan-rakan adalah sebahagian insan kecil yang masih mencintai Pengakap dan berjuang untuk menceriakan zaman kanak-kanak serta remaja dalam aktiviti kepengakapan... Tiada keuntungan secara fizikal yang akan menjadi taruhannya... Krisis pembesar Pengakap di peringkat negeri serta kebangsaan hanyalah warna-warna hitam... Tetapi apabila senyuman terukir di wajah anak pengakap setelah selesai setiap program yang dijalankan membuatkan AKELA bersemangat serta terus akan berjuang dalam aktiviti kepengakapan... Walaupun kekadang rasa diri AKELA tidak dihargai tetapi salaman dari anak Pengakap adalah lebih besar dari pujian serta sanjungan yang diperolehi dari PEMBESAR PENGAKAP... Yang sebenarnya pujian serta sanjungan sepatutnya ditujukan kepada rakan-rakan AKELA yang sentiasa memotivasikan AKELA setiap masa dan setiap detik... Hari semakin hampir... Masa tidak berundur... Hari pelaksanaan "MISI MUSTAHAK" pun tiba....
- IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT UNTUK PERMULAAN PERJALANAN MISI MUSTAHAK 2008...
Saturday, 8 November 2008
RAKAMAN KOROBORI QUBER 2008 ... LENSA AKELA
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... INFO TERKINI
Menara 100% yang dibina daripada buloh ... BRAVO Pengakap Kelana JOHOR ... AKELA amat teruja sekali ... Dengar katanya dah lebih 1,000 batang buluh atau bersamaan 4 tan buloh dah digunakan ...
JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008
SETEM SEMPENA ULANGTAHUN KE-100 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Bersyukur ke hadrat ILAHI.. Akhirnya AKELA berjaya memiliki set lengkap sampul hari pertama dan setem sempena ulangtahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia. Tidak pernah terfikir oleh AKELA bahawa satu hari nanti koleksi ini akan menjadi milik AKELA. Koleksi ini juga akan dikongsi oleh AKELA dengan Isteri AKELA, kerana kami berkongsi hobi mengumpul setem dan juga mug. Pok Lie dan SU Htrg juga berjaya memiliki koleksi setem ini juga... Mungkin ada lagi ahli Pengakap di daerah Hulu Terengganu yang berminat boleh juga menghubungi AKELA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Designed by Najjah Indahart





