Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday, 10 November 2008

MISI MUSTAHAK ... Kembara Hulu ke Kotaraya

6 November 2008, hari Khamis... Tibalah saatnya yang dinanti-nantikan... Memang AKELA terlampau berkejar-kejar... Kerana pada saat ini juga, anak sulong AKELA (Siti Nur Nasuha) berkhemah buat kali pertamanya... Setelah dipujuk beberapa hari sebelum ini... Akhirnya AKELA cuba tidak menghampakan Along... Paginya, AKELA terlibat dengan Taklimat Reakreasi dan Pengurusan Kokurikulum yang jayakan oleh pensyarah-pensyarah dari Institut Perguruan Ibu Kota... Kira-kira jam 2.00 petang semuanya selesai... Tanpa menjamah rezeki tengah hari yang disediakan, AKELA bergegas balik ke rumah untuk membersihkan diri seterusnya menjenguk Along di tapak perkhemahan bersama sedikit buluh... Terukir senyuman... Tanda kepuasan dengan kehadiran AKELA agaknya... Namun begitu, seberapa pantas yang termampu oleh AKELA cuba menyiapkan satu binaan gajet dapur buat Along dan kumpulannya... Berhempas pulas seorang diri dengan dibantu oleh rakan-rakannya yang semestinya tidak berpengetahuan tentang binaan gajet... Akhirnya, terbina sebuah gajet dapur yang 90% siap... AKELA agak kecewa juga sebab tak dapat menyiapkan 100% sebab masa terus mencemburui AKELA... Jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang... AKELA perlu juga menyiapkan diri pula untuk meneruskan "Misi Mustahak"... Namun sekurang-kurangnya, Along dan ahli-ahli kumpulannya mampu berbangga dengan binaan gajet dapur tersebut...
Selepas solat Maghrib, AKELA dah berada di tepi Persimpangan Felda Jerangau Barat menanti dengan penuh kesabaran "flight" Kenyir tiba dari landasan QUBER... Pok Lie dan SU Htrg telah pun berada di dalam pesawat... Kurang lebih, pukul 9.20 malam pesawat Kenyir tiba... AKELA mendaki tangga pesawat dengan pelbagai perasaan berbaur... pelbagai agakan di dalam kotak minda... Bermain-main di setiap pelusuk, ceruk fikiran... Perjalanan yang memakan masa yang panjang ini terasa semakin panjang masanya... Cuba melelapkan mata tetapi fikiran tidak terlelap... Pesawat Kenyir hanya berhenti sekali di Hentian Lebuhraya Pantai Timur... Pilihan terakhir bagi AKELA ialah menikmati makan tengah malam (sebenarnya dah pagi) lebih kurang pukul 12.00 tengah malam... Setelah beberapa ketika, pesawat mula bergerak semula... Tetapi kali ini AKELA mampu melelapkan mata seketika... Kira-kira pukul 4.00 pagi pesawat tiba dengan selamat di Terminal Hentian Putra... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg mencongak-congak waktu menanti suboh... Berbincang tetapi tiada fokus...
  • IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT PENGALAMAN SERTA PERJALANAN MISI MUSTAHAK 2008...

No comments:


Designed by Najjah Indahart