Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday, 9 November 2008

MISI MUSTAHAK ... Langkah Bermula

Setelah semua dokumen yang diperlukan disediakan... Di samping kesibukan menyusun program daerah (Korobori Quber 2008)... Di samping kesukaran mendapatkan kewangan untuk menyelesaikan beberapa bayaran... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg menyusun strategi... AKELA mengumpul maklumat berkaitan Kursus Kepimpinan Manikayu yang telah dilaksanakan (senarai nama peserta dan perkara yang berkaitan), manakala SU Htrg pula mengumpul data pendaftaran Kumpulan dan Keahlian Pengakap yang telah dibayar oleh kumpulan-kumpulan... Tindakan seterusnya adalah mendapatkan wang yang telah dimasukkan ke akaun Majlis Pengakap Daerah... Memang penat... Memang sukar... Itulah yang terpaksa dialami oleh kami bertiga... Kekadang kami kongsikan perasaan dengan beberapa orang rakan seperjuangan yang hanya mampu bersimpati dengan usaha kami... Akhirnya, SU Htrg dan Bendahari Majlis pengakap Daerah telah dapat mencapai kata sepakat untuk menguruskan kewangan... Lega... Gembira.. Itulah perasaan AKELA... Dan AKELA pun berfikir rakan-rakan yang menyokong gerakan kami itu pun sama... AKELA dan rakan-rakan menetapkan pada 05/11/2008 (Rabu) untuk bertemu rakan-rakan... Berbincang pasal strategi dan pelbagai lagi isu yang melanda Pengakap Negeri Terengganu... Alhamdulillah... Kata sepakat telah dibuat... Tiket "Flight" Kenyir telah dibeli... Pok Lie dan SU Htrg akan menaiki "flight" Kenyir dari Bandar di bawah Tasik... Manakala AKELA akan menyusul di pertengahan jalan... Tak sangka di kotak fikiran AKELA kerja atau tugasan yang sesenang ini akan menjadi sesukar ini... Debaran di hati AKELA, ialah jika semua ini gagal... AKELA adalah orang yang paling malang dan paling malu di bumi QUBER... Namun AKELA sentiasa berfikiran positif, "Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, hidup kita bukan untuk menimbulkan masalah tetapi untuk menyelesaikan masalah."... Dengan sokongan serta doa rakan-rakan seperjuangan di dalam Pengakap daerah telah menguatkan semangat AKELA... Kerana AKELA sedar bahawa AKELA dan rakan-rakan adalah sebahagian insan kecil yang masih mencintai Pengakap dan berjuang untuk menceriakan zaman kanak-kanak serta remaja dalam aktiviti kepengakapan... Tiada keuntungan secara fizikal yang akan menjadi taruhannya... Krisis pembesar Pengakap di peringkat negeri serta kebangsaan hanyalah warna-warna hitam... Tetapi apabila senyuman terukir di wajah anak pengakap setelah selesai setiap program yang dijalankan membuatkan AKELA bersemangat serta terus akan berjuang dalam aktiviti kepengakapan... Walaupun kekadang rasa diri AKELA tidak dihargai tetapi salaman dari anak Pengakap adalah lebih besar dari pujian serta sanjungan yang diperolehi dari PEMBESAR PENGAKAP... Yang sebenarnya pujian serta sanjungan sepatutnya ditujukan kepada rakan-rakan AKELA yang sentiasa memotivasikan AKELA setiap masa dan setiap detik... Hari semakin hampir... Masa tidak berundur... Hari pelaksanaan "MISI MUSTAHAK" pun tiba....

  • IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT UNTUK PERMULAAN PERJALANAN MISI MUSTAHAK 2008...

No comments:


Designed by Najjah Indahart