Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday, 12 November 2008

MISI MUSTAHAK ... Menapak ke "BP House"

Selesai menunaikan solat Subuh... AKELA, Pok Lie dan SU Htrg meninjau gerai untuk bersarapan... Alhamdulillah, perut harus diisi walaupun badan belum bersiram... Setelah selesai bersarapan sambil berbincang-bincang arah tujuan sambil menghantar beberapa SMS kepada beberapa rakan kotaraya sekadar untuk bertanya khabar serta memaklumkan kehadiran kami... Tapi nampak gayanya... Rakan-rakan tak dapat membalas SMS kami, mungkin sedang bersarapan atau pun mungkin belum bangkit dari mimpi... Al-maklumlah insan kotaraya... Kira-kira jam 8.00 pagi, AKELA dan rakan-rakan membuat keputusan untuk menaiki teksi kotaraya untuk menjejak kaki ke "BP House"... Memang senang sahaja mendapatkan teksi di kotaraya ni... Teksi berlalu menuju "BP House" dengan muatannya (AKELA dan rakan-rakan) di celah kesibukan kotaraya di awal pagi... Tak lama selepas itu kami sampai... RM6.00 dihulurkan kepada pemandu teksi tersebut... "BP House" masih lagi tertutup... AKELA masih ingat disebelah belakang sedikit "BP House" terdapat sebuah kedai mamak... Sekali lagi, AKELA dan rakan-rakan mengadap rezeki pagi... Bagi AKELA inilah seronoknya dapat menikmati roti canai... Sebab semasa Pok Lie dan SU Htrg menikmati nasi lemak di gerai Hentian Putra tadi, AKELA hanya menghirup "nescafe" tarik sahaja... Sedang kami mengadap rezeki pagi, AKELA terpandang Tuan Haji Shukur, Shahril dan seorang staff perempuan dari "BP House" datang ke kedai mamak untuk menikmati sarapan... AKELA hanya mampu membisikkan kepada Pok Lie dan SU Htrg tentang mereka... Nak disapa tak berani... Maklum sahaja mereka tidak mengenali kami... Apa pulak kata mereka... Kami biarkan detik itu berlalu...

Kira-kira jam 9.00 pagi, kami memberanikan diri untuk melangkah kaki ke "BP House"... Lokasi yang paling mengujakan AKELA ialah Bilik Setiausaha Kerja Latihan... Dan orang yang paling ingin ditemui ialah Tuan Shahril Kuru... Kami memperkenalkan diri kepada beberapa orang ibupejabat... Kami menceritakan tujuan serta misi kehadiran kami kepada mereka... Alhamdulillah, Tuan Shahril melayan kami dengan baik walaupun kami hanyalah sebilangan pemimpin kecil dari kejauhan dan dalam kesamaran... Banyak penerangan yang telah diberikan oleh Tuan Shahril... Terasa diri kami beruntung pula, apabila Tuan Shahril memaklumkan kami bahawa Kursus Kepimpinan Manikayu berubah format lagi... Dan kami antara orang yang paling awal memperolehinya... Setelah semuanya telah selesai, kami memohon kebenaran untuk berehat buat seketika serta menyiramkan badan kami... Alhamdulillah... AKELA pula perlu mengecas semula telefon kerana kehabisan bateri... Hehehe... Biasalah telefon tua... Pok Lie dan SU Htrg mengambil sedikit masa untuk berehat dan bersiram... AKELA terus memburu punca kuasa elektrik yang boleh mengecas semuala telefon AKELA... Maklum sahaja "BP House" adalah rumah lama serta punca kuasa (Plag) yang sedia ada tak sesuai untuk dicucuk pengecas bateri telefon AKELA... Menyelongkarlah AKELA dari bilik ke bilik sehingga sampai AKELA ke sebuah bilik yang dihuni oleh seseorang... AKELA belum mengenalinya... Namun AKELA menggagahkan bibir AKELA untuk bertanya perihal masalah AKELA... Dan AKELA telah dibenarkan untuk menggunakan bilik operasi Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negara... hehehe.. Terima kasih... Lelaki itu kelihatannya serius... Kemudian beliau memanggil AKELA... Apakah soalan yang mungkin ditanyanya kepada AKELA... Berputar-putar pelbagai soalan serta tanggapan di kotak mina AKELA...

  • IKUTI LAGI CATATAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT PENGALAMAN SERTA PENGAKHIRAN MISI MUSTAHAK 2008...

No comments:


Designed by Najjah Indahart