Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 27 January 2008

KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU...

Kem Perda atau Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Hulu Terengganu Belukar Bukit, Ajil Terengganu pernah dianugerahkan dan diwartakan kepada Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu oleh YM Dato' Ku Abd. Azah bin Syed Alwee, selaku Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1990-1995) pada tahun 1993.

Majlis Persekutuan Pengakap Daerah Hulu Terengganu juga telah pernah memohon untuk mendapatkan hak sepenuhnya ke atas tanah tersebut dengan keluasan3.1289 hektar.

Yang Berbahagia Dato' Nara Setia Tuan Haji Wan Awang @ Wan Isa bin Long, Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1998-1999) telah membantu Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu untuk memberikan sedikit peruntukan jalan ke kawasan kem tersebut.

Beberapa siri Kem Perda pernah dijalankan di sini iaitu pada tahun 1990, 1995 dan 1998. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang amat baik dari Pengakap walaupun kem ini tidak mempunyai kemudahan asal yang kekal. Namun begitu Kem Perda Belukar Bukit mempunyai satu nilai yang boleh membina seorang individu untuk 'survival'.

Insya'allah...

Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu akan terus mencuba untuk mendapatkan hak yang penuh ke atas kem tersebut dalam sedikit masa lagi...

Sumber : Setiausaha, Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart