Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 2 January 2008

TAHNIAH KEPADA WARGA BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU

Tengku Muhammad Ismail menerima Watikah Perisytiharan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air daripada Dato' Hajah Azizah.


Semoga Bandar Raya Kuala Terengganu akan menjadi sebuah bandar raya yang unggul di Pantai Timur Semenanjung... Tahniah kepada Dato' Mat Razali Kassim di atas perlantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini (1 Januari 2008)..
Kami menumpang rasa bangga kerana Dato' berasal dari Kuala Berang... Sekali lagi ucapan TAHNIAH dari Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu...

Tengku Muhammad Ismail mengurniakan Kalung Jawatan kepada Dato' Mat Razali. Foto SHUHAIMI AHMAD.


Harapan Kami Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Terengganu dapat bangkit dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menfokuskan kepada semua unit Pengakap dan bersifat lebih terbuka kepada daerah-daerah lain di negeri Terengganu... Kekalkan Persaudaraan Pengakap kita..... Semoga Pergerakan Pengakap Kuala Terengganu Gah bangkitnya bersama Taraf Warga Kota...
Foto dan Info dipetik dari:

No comments:


Designed by Najjah Indahart