Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 13 January 2008

PERKHEMAHAN PRA-KELANA 2008

Para peserta diberikan penerangan oleh Jurulatih, Encik Amri

Seramai 40 orang peserta (23 orang lelaki dan 17 orang perempuan) merangkumi 4 daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu telah menghadiri Perkhemahan Pra-Kelana 2008 yang telah diadakan di Kem Perda (Perkhemahan Pengakap Daerah) Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.



Peserta-peserta telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan dan menyediakan diri mereka dalam situasi yang survival. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Virgill, Menyelamat di Air, Abseiling, Membuat Trek Orienteering, Tali Temali dan Malam Kebudayaan. Latihan serta aktiviti telah dibantu oleh Encik Amri, Encik Norjamalulail, Encik Hamdan, Encik Khairul Izuan dan Encik Rosley. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki iaitu suasana kem yang masih lagi semulajadi dan pada asasnya menepati amalan 'survival'.



Perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Tarikh : 17 - 19 Januari 2008
Hari : Khamis - Sabtu
Lokasi : Kem Perda Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.

Sumber : 9W2 BNO - Encik Norjamalulail Haji Mohd Noor

No comments:


Designed by Najjah Indahart