Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 25 September 2008

MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP XVII (17) 2008

Gimik Pelancaran...dari kiri, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA, Y.Bhg Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail dan YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.

Shah Alam - 23 September 2008 : Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melancarkan kempen tahunan Ops Sikap yang akan berlangsung dari 23 September sehingga 8 Oktober 2008. Kempen Ops Sikap XVII (Ke 17) ini dilancarkan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I KDN/KA di Dataran Shah Alam.


Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Y.Bhg Dato' Adnan bin Rofiee, Ketua Pegawai Operasi TM Retail, YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, mantan Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Zaini bin Diman, Pengurus Besar TM Selangor, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan Telekom Malaysia Berhad.


Tahun ini merupakan tahun ke - 11 berturut-turut TM mengambil bahagian sebagai penaja di Ops Sikap. TM telah menyumbangkan sejumlah RM250,000.00 bagi menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan bahan-bahan publisiti merangkumi 7,000 poster, 100 bunting, 50 kain rentang, 8,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM.


Kempen keselamatan jalan raya Ops Sikap ini diadakan di seluruh negara setiap tahun pada musim-musim perayaan untuk mempromosikan cara pemanduan yang berhemah dan bersopan santun di kalangan pengguna-pengguna jalan raya. Kempen tahun ini bertemakan 'Pandu Berhemat, Semua Selamat' akan memfokus kepada etika pemanduan yang selamat dan keselamatan jalan raya.


Bersempena dengan pelancaran Ops Sikap XVII, PDRM turut melancarkan talian bebas-tol Ops Sikap iaitu 1800 88 2677 yang disumbangkan oleh TM. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, meminta bantuan dan mendapatkan laporan jalanraya.


Ops Sikap XVII (Ke 17) ini akan lebih menekan kepada pendekatan secara 'Creative Enforcement' iaitu :-

1. Advocacy - Melalui tindakan saman dan nasihat.

2. Time Travel Advisory - Maklumat Trafik mengenai waktu puncak dan waktu selesa untuk panduan pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka dengan lebih awal. Ianya dilakukan dengan kerjasama media elektronik.

3. Sector Concept - mempertingkatkan penekanan, penguatkuasaan 'Perception Of Being Caught (POBC)' terhadap motosikal, motokar dan pejalan kaki di sektor Ops Sikap yang ditetapkan.

4. Intellegent-Led - Memfoluskan kawasan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kemalangan.

5. Signages - Memaparkan papan tanda yang jelas, contohnya 'Zon Perangkap Had Laju'.


Strategi dan penguatkuasaan sepanjang Ops Sikap ini adalah berterusan dan dilakukan secara 'Overt And Covert'. Namun begitu, PDRM masih mengekalkan strategi yang digunapakai sebelum ini, iaitu melalui pemantauan bas secara penyamaran, membuat rondaan menyeluruh terutama di kawasan 'Accident Prone Area' dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta pemantauan melalui 19 menara pemerhati Polis di jalan-jalan persekutuan dan juga lebuhraya.


Sempena pelancaran tersebut, TM dan PDRM turut menganjurkan karnival dari 21 sehingga 23 September 2008 bertempat di Dataran Shah Alam. Antara gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian termasuklah TM, yang mempamerkan produk dan perkhidmatan TM dan juga gerai pameran PDRM yang menyediakan sebuah kaunter untuk semakan dan pembayaran saman.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI MUSIM PERAYAAN BERHATI-HATI
PANDU BERHEMAH, SEMUA SELAMAT


Petikan dari laman web PDRM:

No comments:


Designed by Najjah Indahart