Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 31 January 2008

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE 2007-2

Salam Perpaduan Pengakap Sejagat,

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) telah mengeluarkan keputusan peperiksaan "Radio Amateur Examination" (RAE) 2007-2, yang diadakan pada bulan 28 November 2007 yang lalu.

Keputusan tersebut boleh dilihat dan salinan keputusannya boleh diambil dari laman web SKMM (MCMC) yang berikut:

Keputusan RAE 2007-2 (Adobe PDF reader)
http://mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/61155338RAE2007_2.pdf

Adobe PDF reader diperlukan untuk membaca keputusan tersebut.
Dapatkan Adobe PDF Reader disini.

Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu mengucapkan tahniah kepada semua warga HAM (terutama ahli Pengakap) yang berjaya dalam peperiksaan ini, dan cuba lagi kepada yang kurang bernasib baik.

73 ... Cherioo ... Bye ... Bye ...

Monday 28 January 2008

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (PERSAUDARAAN BP)

Encik Abdul Salim bin Adam
SK Sungai Berua,
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/UNIT LAUT)

Encik Azman bin Ariffin
SM Imtiaz Kuala Berang,
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP KELANA)

Encik Rozli bin Abdullah
SBT Komputer
Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP MUDA)

Encik Saharuddin Abdul Wahab
SMK Menerong, Ajil,
Terengganu Darul Iman.

PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (IBUPEJABAT/PENGAKAP KANAK-KANAK)

Encik Ahmad Yusri bin Mustafa
SK FELDA Jerangau Barat, Ajil,
Terengganu Darul Iman.

Sunday 27 January 2008

KEM PERDA BELUKAR BUKIT, AJIL, TERENGGANU...

Kem Perda atau Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Hulu Terengganu Belukar Bukit, Ajil Terengganu pernah dianugerahkan dan diwartakan kepada Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu oleh YM Dato' Ku Abd. Azah bin Syed Alwee, selaku Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1990-1995) pada tahun 1993.

Majlis Persekutuan Pengakap Daerah Hulu Terengganu juga telah pernah memohon untuk mendapatkan hak sepenuhnya ke atas tanah tersebut dengan keluasan3.1289 hektar.

Yang Berbahagia Dato' Nara Setia Tuan Haji Wan Awang @ Wan Isa bin Long, Pegawai Daerah Hulu Terengganu (1998-1999) telah membantu Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu untuk memberikan sedikit peruntukan jalan ke kawasan kem tersebut.

Beberapa siri Kem Perda pernah dijalankan di sini iaitu pada tahun 1990, 1995 dan 1998. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang amat baik dari Pengakap walaupun kem ini tidak mempunyai kemudahan asal yang kekal. Namun begitu Kem Perda Belukar Bukit mempunyai satu nilai yang boleh membina seorang individu untuk 'survival'.

Insya'allah...

Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu akan terus mencuba untuk mendapatkan hak yang penuh ke atas kem tersebut dalam sedikit masa lagi...

Sumber : Setiausaha, Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

Saturday 26 January 2008

SALAM KEMPORI PENGAKAP QBER 2008...

Salam Perpaduan Pengakap Sejagat...

Mesyuarat JK Majlis Pemimpin Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu telah bersetuju untuk mengadakan:

KEMPORI JEMPUTAN PENGAKAP QBER (HULU TERENGGANU) 2008

Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2008
Lokasi : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Info terkini akan kami siarkan dalam masa 2 minggu lagi...

Bayaran?
RM50.00 seorang
Cenderahati?
Baju T, Skaf, Lencana Kempori, Kad Aktiviti, Sijil Penyertaan
Aktiviti?
Aktiviti Penyertaan dan Pertandingan
Anugerah Aktiviti?
Anugerah QBER
Peserta?
Pemimpin & Pengakap Muda/Remaja/Kelana
(Tiada had untuk setiap kontinjen Kumpulan/Daerah/Negeri)
Petugas?
Pemimpin Pengakap & Pengakap Kelana/Kelana Siswa Sahaja
Rekabentuk Lencana Kempori dan Lencana Anugerah Aktiviti telah disiapkan dan kami akan lancarkan dalam masa terdekat....

Wednesday 23 January 2008

SALAM PENGAKAP ... INFO SKIM LATIHAN LENCANA PENGAKAP

Salam Pengakap ... Salam Sejahtera ...

Kepada Semua Ahli Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan juga ahli Pengakap Sejagat yang berminat, kami akan cuba menerbitkan seberapa banyak nota mengikut unit. Kami juga amat memerlukan bantuan Pemimpin Pengakap yang berpengalaman dalam membantu kami menyediakan nota-nota.

Nota-nota tersebut akan kami siarkan di weblog yang kami sediakan mengikut unit:
  1. Nota Pengakap Kanak-Kanak : http://notapkk.blogspot.com
  2. Nota Pengakap Muda : http://notapm.blogspot.com
  3. Nota Pengakap Remaja : http://notapr.blogspot.com
  4. Nota Pengakap Kelana : http://notapk.blogspot.com
  5. Nota Pemimpin Pengakap : http://notapemimpin.blogspot.com

Kami akan merujuk bahan tersebut dari beberapa laman web seluruh dunia.

Sekian, Terima kasih.

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

Berkhidmat Untuk Negara Melalui Kepengakapan

Tuesday 22 January 2008

INFO PENGETUA...

Encik Awang bin Ibrahim, Pengetua, SMK JENAGOR akan bertukar ke SMK LANDAS manakala Encik Zulkifle bin Sulong, Pengetua, SMK LANDAS akan bertukar ke SMK JENAGOR mulai 30 Januari 2008. Encik Zulkifle adalah merupakan salah seorang AJK Majlis Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu bagi sesi 2007/2009

SELAMAT BERTUGAS BUAT KEDUA-DUANYA.

Monday 21 January 2008

SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS KE KUALA BERANG...


Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Encik Safruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Beliau mula bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu pada 16 Januari 2008. Beliau menggantikan Encik Hashim bin Mohd Zin yang bertukar ke PPD Kuala Terengganu. Beliau sebelum ini adalah seorang Pengetua di SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Saturday 19 January 2008

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN MANIKAYU 2008


Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu bakal mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Manikayu 2008 (Induksi dan Modul A). Kursus ini dijangkakan akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 21-23 Februari 2008 ini
Lokasi : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman(tertakluk kepada pindaan).
Kursus ini akan dilaksanakan berasaskan Sistem Modula yang telah dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negara.


Kepada mana-mana pemimpin yang berminat boleh menghubungi terus Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum 10 Februari 2008.

Esham Busu,
Pengerusi,
Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu,
d/a SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.
esh_tie@yahoo.com

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU 2008/2009

26 Januari 2008 (Sabtu) : Seramai 19 orang individu telah menerima watikah perlantikan Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu dalam pelbagai portfolio. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan akan disaksikan oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Encik Mohamad bin Sulaiman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (Pentadbiran) dan Tuan Haji Mohd Salleh bin Ismail, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Hal Ehwal Agama). Majlis ini telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia, Marang, Terengganu.
Julung-julung kalinya majlis seumpama ini dijalankan di peringkat daerah Hulu Terengganu. Harapan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan terus maju bergerak seiring dengan daerah-daerah lain dalam apajua aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun 2008.



Senarai Nama Bakal Penerima Watikah Perlantikan :

Encik Rosley bin Mat Hassan : PPPD - Pentadbiran
SK Bukit Perah, Ajil, TRG.

Encik Esham bin Busu : PPPD - Pengerusi Latihan
SK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Wan Ibrahim bin Wan Nik : PPPD - Setiausaha Latihan
SMK Seri Berang, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainuddin bin A. Rahman : PPPD - Pengerusi Program
SMK Matang, Kuala Berang, TRG.

Encik Mazlan bin Abd Manap : PPPD - Setiausaha Program
SK Kua, Ajil, TRG.

Encik Rozli bin Abdullah : PPPD - Unit Kelana

Tuan Haji Abdul Rashid bin Ismail : PPPD - Unit Remaja
SMK Ajil, Ajil, TRG.

Encik Saharudin bin Wahab : PPPD - Unit Muda
SMK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Ahmad Yusri bin Mustafa : PPPD - Unit Pengakap Kanak-Kanak
SK FELDA Jerangau Barat, Ajil, TRG.

Encik Azman bin Ariffin : PPPD - Unit Laut
SM Imtiaz, Kuala Berang, TRG.

Puan Norhamimah binti Hamdan : PPPD - Helwani
SMK Jenagor, Kuala Berang, TRG.

Encik Ahmad Tajuddin bin Mahmood : PPPD - Agama
SK Seri Buluh, Kuala Berang, TRG.

Encik Abdul Salim bin Adam : PPPD - Persaudaraan BP
SK Sungai Berua, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainal Abidin bin Ali : PPPD - Komunikasi
PPD Hulu Terengganu

Encik Mohd Zubir bin Abdullah: PPPD - Pembangunan
SK Ajil, Ajil, TRG.

Encik Mohd Yusazri bin Yusof : PPPD - Multimedia & Sumber
SK Kuala Jenderis, Kuala Berang, TRG.

Encik Zainal Abidin bin Taha : PPPD - Tugas-Tugas Khas
SMK Matang, Kuala Berang, TRG.

Encik Nik Rozi bin Nik Ishak : PPPD - Tugas-Tugas Khas
SK Menerong, Ajil, TRG.

Encik Zalman bin Zakaria : PPPD - Tugas-Tugas Khas
227 FELDA Bukit Bading, Ajil, TRG.

Monday 14 January 2008

MESSAGE FROM THE SECRETARY GENERAL





Dear sisters and brothers,



In closing his last message to us all, B-P wrote: "...stick to your promise always, even after you have ceased to be a boy..." and obviously nowadays a girl also.

It is the promise that makes our Movement so different from every other youth movement and organisation in society, it is loyalty to that commitment that makes us Scouts, rather that simply people dedicating or having dedicated some time of our life to Scouting.

Today we commemorate the joint birthday of B-P and his wife Olave, in a very special historical moment, as this date is also the 150th anniversary of B-P's birth and falls in the Centenary of Scouting.

In these hundred years, hundreds of millions of girls and boys, women and men have made the commitment to do their best to leave the world a little better than they found it, and in many places and in different moments in time, Scouts have really made the difference!

In the present times of increasing disparities, world wide tensions and growing conflicts, where due to irresponsible life-styles humanity is seriously putting our planet's environmental stability at risk, and so grows the dramatic need for more, good Scouts.

Let the centenary year also be the occasion for a special commitment. Renewing our Promise today, we should not only look at the past with gratitude to B-P, and to all those who opened for us “the road to success”, giving us the opportunity to live the unique, exciting and involving experience that is Scouting. We should also look with optimism and courage toward the future, with the fleur de lys and our promise firmly guiding us in the direction of creating a better world.

Yours in Scouting,


Eduardo Missoni
Secretary General
Abstracted by:

Sunday 13 January 2008

INFO ... PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU

BENDAHARI KEHORMAT
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU

Encik Yusof bin Endut. Bertugas di SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang beliau telah menyandang beberapa portfolio di dalam Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Antara jawatannya adalah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Ibu Pejabat / Pengakap Kanak-Kanak).

INFO ... PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU

SETIAUSAHA KEHORMAT
MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU
Encik Abdul Malik bin Ali. Bertugas di SMK Kuala Jenderis, Kuala Berang, Terengganu. Sebelum ini beliau pernah bertugas di SMK Menerong, Ajil, Terengganu. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan dalam Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Terengganu sebablum dilantik ke jawatan Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu. Jawatan yang disandang beliau sebelum ini ialah Penolong Pesuruhajaya Pengakap Daerah (Ibu Pejabat / Unit Pengakap Muda)

PERKHEMAHAN PRA-KELANA 2008

Para peserta diberikan penerangan oleh Jurulatih, Encik Amri

Seramai 40 orang peserta (23 orang lelaki dan 17 orang perempuan) merangkumi 4 daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu telah menghadiri Perkhemahan Pra-Kelana 2008 yang telah diadakan di Kem Perda (Perkhemahan Pengakap Daerah) Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.



Peserta-peserta telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan dan menyediakan diri mereka dalam situasi yang survival. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Virgill, Menyelamat di Air, Abseiling, Membuat Trek Orienteering, Tali Temali dan Malam Kebudayaan. Latihan serta aktiviti telah dibantu oleh Encik Amri, Encik Norjamalulail, Encik Hamdan, Encik Khairul Izuan dan Encik Rosley. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki iaitu suasana kem yang masih lagi semulajadi dan pada asasnya menepati amalan 'survival'.



Perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Tarikh : 17 - 19 Januari 2008
Hari : Khamis - Sabtu
Lokasi : Kem Perda Belukar Bukit, Ajil, Terengganu Darul Iman.

Sumber : 9W2 BNO - Encik Norjamalulail Haji Mohd Noor

Friday 11 January 2008

INFO JAMBORI DI SANA SINI ... 2008

Jambori Antarabangsa Johor Ke-24
18 hingga 23 Ogos 2008
Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Persaudaraan Pengakap

Ireland Jamboree 2008 ... An Epic Adventure
2nd - 10th August 2008

http://www.jamboree2008.ie/


Essex International Jamboree

26th July to 2nd August 2008


http://www.essexscouts.org.uk/jamboree2008/

TAHNIAH KEPADA SETIAUSAHA MAJLIS PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU..


Satu majlis kesyukuran menaiki rumah baru telah diadakan oleh Encik Abdul Malik Ali, Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu sebagaimana berikut:

Tarikh : 11 Januari 2008
Hari : Jumaat
Tempat : Kampung Tok Lawit (Belakang SK Kuala Ping),
Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

Thursday 10 January 2008

1 MUHARAM 1429...(bersamaan 10 Januari 2008 Masihi)


Semoga Semua Ahli Pengakap yang beragama Islam akan lebih bersemangat dan pereratkan tali Persaudaraan bersama-sama Pengakap yang lain-lain...

Tuesday 8 January 2008

INFO KETUA PENGAKAP NEGARA

Sebelum 1957

General Sir Gerald Walter Robert Templer
Sir Donald MacGillivray

Selepas Merdeka

1957 ~ 1961 : Dato' Sulaiman Dato' Abdul Rahman

1961 ~ 1963 : Abdul Rahman Talib

1963 ~ 1973 : Tun Sardon Jubir

1973 ~ 1979 : Tun Mohammad Yaakob

1984 ~ 2004 : Dato' Amar Dr.Sulaiman Hj. Daud

2004 ~ SEKARANG : Datuk Dr Mohd Shafie Salleh

INFO KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

1910 ~ 1948
Frank C. Sands (Pesuruhjaya Agong)

1948 ~ 1957
E.M.F. Payne (Pesuruhjaya Agong)

1957 ~ 1960
Mohamad Yusuf Bin Ahmad

1960 ~ 1963
Zainal Abidin Bin Ali

1963 ~ 1968
Dato' Syed Esa Bin Syed Alwee

1969 ~ 1987
Dato' Syed Hashim Bin Syed Abdullah

1987 ~ 1989
Dato' Hj. Wan Puteh Bin Wan Mohd. Saman

1990 ~ 2002
Dato' Seri Hj.Yang Rashidi Bin Maasom

2002 ~ 2004
Dato Hamiddin Bin Abdullah

2005 ~ SEKARANG
Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH HULU TERENGGANU KALI PERTAMA 2008

Satu mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu telah diadakan 26 Januari 2008 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi bertempat di Hotel Seri Malaysia, Marang, Terengganu Darul Iman.

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah:

Laporan Aktiviti Tahun 2007



  • 5-8 Mac 2007
    Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Terengganu 2007
    Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang, Terengganu.

  • 10-15 April 2007
    Perkhemahan Pasukan Badan Berunifrom Peringkat Kebangsaan 2007
    Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang, Terengganu.

  • 18-21 April 2007
    Perkhemahan Pra Pentaraf Pengakap Raja Peringkat Negeri Terengganu 2007
    Kem Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu.

  • 20-21 April 2007
    Program Skim Lencana Anti Dadah Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    Kampung Gaung, Kuala Berang, Terengganu.

  • 3-5 Mei 2007
    Pendakian Gunung Tebu, Besut, Terengganu.
    Gunung Tebu, Besut, Terengganu.

  • 7 Mei 2007
    Pertandingan Kawad SM (NGO) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007.
    SMK Jenagor, Kuala Berang, Terengganu.

  • 8 Mei 2007
    Majlis Pelancaran Minggu Kerja Pengakap Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    SMK Seri Berang, Kuala Berang, Terengganu.

  • 8 Mei - 8 Jun 2007
    Minggu Kerja Pengakap Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    Semua Kumpulan Pengakap daerah Hulu Terengganu

  • 13 Mei 2007
    Pertandingan Kawad SK Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    SK Seri Buloh, Kuala Berang, Terengganu.

  • 18-19 Mei 2007
    Pertandingan Kawad SK Peringkat Negeri Terengganu 2007
    SK Seri Buloh, Kuala Berang, Terengganu.

  • 24-26 Mei 2007
    Kem Ujian Lencana Keahlian & Usaha (Pengakap Muda) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    Kem Perda Belukar Bukit, Ajil, Terengganu.

  • 5-8 Jun 2007
    Perkhemahan Hadhari Pengakap Negeri Terengganu 2007
    Pusat Kokurikulum UDM, Merang, Setiu, Terengganu

  • 21-23 Jun 2007
    Kem Ujian Lencana Keahlian, Keris Gangsa dan perak (Pengakap Kanak-Kanak) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2007
    SK Kuala Dura, Kuala Berang, Terengganu.

  • 19-21 Jun 2007
    Eksplorasi Cengal Besar Cemerong, Hulu Dungun 2007
    Sg. Cemerong dan Sg. Loh, Hulu Dungun, Terenggganu.

  • 18 Ogos 2007
    Sambutan Hari dan Bulan Belia Peringkat Negeri Terengganu 2007
    SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu.

  • 16 September 2007
    Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu Kali Ke-22 Tahun 2007
    Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu.

  • 28-30 Oktober 2007
    Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Daerah Hulu Terenggganu 2007
    SK Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu.

  • 3-6 November 2007
    Korobori Pengakap Kanak-Kanak peringkat Negeri Terengganu 2007
    Kem Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.

  • 30 November - 5 Disember 2007
    Kempori Muhibbah Kali Ke-14 Tahun 2007
    Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

  • 8-12 Disember 2007
    Kem Ujian Pentaraf Pengakap Raja Peringkat Negeri Terengganu 2007
    Lata Belatan, Besut, Terengganu.

  • 10-14 Disember 2007
    Kolokium Pengakap Peringkat Kebangsaan 2007
    UPM Serdang, Selangor.


Perancangan Aktiviti Tahun 2008

>>> Sila rujuk edaran kepada Kumpulan Masing-masing atau Jika tiada sila berhubung terus kepada Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu.

Thursday 3 January 2008

PENDAFTARAN PASUKAN DAN AHLI PENGAKAP 2008 DIBUKA SEKARANG


Salam Pengakap,

Kepada semua Pemimpin dan Ahli Pengakap daerah Hulu Terengganu.

Pendaftaran untuk Tahun 2008 sedang dibuka dan akan ditutup pada 31 Mac 2008...

Borang pendaftaran boleh didapati dengan menghubungi

Encik Abdul Malik bin Ali,
Setiausaha,
Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu,
d/a SMK Kuala Jenderis,
Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Bagi Pemimpin yang perlukan disket atau CD pendaftaran, bolehlah berhubung terus kepada:

Encik Esham bin Busu
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
d/a SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.
Tel : 013-964 1840

Wednesday 2 January 2008

JOM... MARI KE TEGANU

Kami warga Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu mengalu-alukan kedatangan anda semua ke bumi Terengganu, terutama sekali ke tempat kami Kuala Berang "Bandar Di Bawah Tasik"....

DETIK BERSEJARAH : BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU

Tengku Muhammad Ismail mengurniakan Kalung Jawatan kepada Dato' Mat Razali.
Foto SHUHAIMI AHMAD

Tahniah...

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan menyempurnakan perlantikan Dato’ Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu, di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 1 Januari 2008.


Sebelum itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Duan mengadap dan mempersembahkan watikah Perisytiharan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) `Bandaraya Warisan Pesisir Air’ kepada Pemangku Raja.
Pemangku Raja kemudiannya menyerahkan watikah itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh .
Foto dan Info dipetik dari:

TAHNIAH KEPADA WARGA BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU

Tengku Muhammad Ismail menerima Watikah Perisytiharan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air daripada Dato' Hajah Azizah.


Semoga Bandar Raya Kuala Terengganu akan menjadi sebuah bandar raya yang unggul di Pantai Timur Semenanjung... Tahniah kepada Dato' Mat Razali Kassim di atas perlantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini (1 Januari 2008)..
Kami menumpang rasa bangga kerana Dato' berasal dari Kuala Berang... Sekali lagi ucapan TAHNIAH dari Pasukan Latihan Pengakap Hulu Terengganu...

Tengku Muhammad Ismail mengurniakan Kalung Jawatan kepada Dato' Mat Razali. Foto SHUHAIMI AHMAD.


Harapan Kami Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Terengganu dapat bangkit dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menfokuskan kepada semua unit Pengakap dan bersifat lebih terbuka kepada daerah-daerah lain di negeri Terengganu... Kekalkan Persaudaraan Pengakap kita..... Semoga Pergerakan Pengakap Kuala Terengganu Gah bangkitnya bersama Taraf Warga Kota...
Foto dan Info dipetik dari:

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ... 2008

Kepada semua Ahli Pengakap (Pengakap Kanak-Kanak/Muda/Remaja/Kelana/Persaudaraan Pengakap Raja/Persaudaraan BP) dan Pemimpin Pengakap Negeri Terengganu dan seluruh dunia amnya.

Terimalah ucapan ikhlas dan penuh bermakna;


"Selamat Menyambut Tahun Baru 2008"


Semoga semangat dan azam pada tahun 2008
menuju ke arah kecemerlangan Kepengakapan dan
progresif dalam menjalankan aktiviti Pengakap khususnya.


Designed by Najjah Indahart