Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 13 September 2009

Info ... Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Negeri Terengganu

Tarikh : 11 September 2009 [Jumaat]
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.
Pengerusi : Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu

Dapatan daripada agenda:

PERKHEMAHAN PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
Satu Perkhemahan yang dijangka akan diturut serta oleh KDYMM Pemangku Raja Negeri Terengganu. Setiap daerah disyaratkan untuk menghantar 1 kontinjen dengan kekuatan 40 orang Pengakap Kanak-Kanak dan 40 orang Pengakap Muda serta 5 orang pemimpin. Tarikh perkhemahan ini akan ditentukan dalam sedikit masa lagi.

KEMPORI MUHIBBAH PULAU BATAM,INDONESIA
Kepada Pemimpin yang berminat, sila berhubung terus kepada Tuan Pesuruhjaya Negeri Terengganu dengan kadar seberapa segera. Kempori ini dianggap penting buat kontinjen Negeri Terengganu.

AKTIVITI KEPENGAKAPAN DAERAH 2010
Semua Pengerusi Latihan dan Program Daerah dikehendaki menyerahkan laporan aktiviti kepengakap tahun 2009 dan menyediakan sekali sasaran aktiviti tahun 2010. Laporan serta sasaran Aktiviti ini perlu diserahkan kepada Encik Mohamad bin Sulaiman, Setiausaha Kehurmat, Majlis Pengakap Negeri Terengganu sebelum berakhirnya November 2009.

SENARAI NAMA JK PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH-DAERAH
Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah dikehendaki menyenaraikan JK Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah masing-masing sebelum 30 September 2009. Senarai tersebut perlu sampai ke meja Setiausaha Kerja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu.

PENUBUHAN KOPERASI PENGAKAP NEGERI TERENGGANU
Semua Pemimpin Pengakap Negeri Terengganu disarankan untuk bersama-sama menyertai Koperasi Pengakap Negeri Terengganu. Koperasi ini akan bermula dalam sedikit masa lagi. Koperasi ini mendapat sokongan dari Yang Berbahagia Dato' Abdullah, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH BINTANG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Satu majlis Penyampaian Anugerah, Pingat serta Bintang dari Persekutuan Pengakap Malaysia akan diadakan di peringkat negeri Terengganu. Beberapa orang individu sama ada dari luar Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dan juga dalam akan menerima beberapa anugerah yang telah diumumkan oleh Tuan haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGAKAP RAJA
Kepada individu-individu yang terlibat dengan penarafan Pengakap Raja dan masih belum menerima sijil Pengakap Raja, sila berhubung dengan Tuan Mohd Fadzil Baharuddin, Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Pengakap Raja] Negeri Terengganu. Satu Majlis Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja akan diadakan dalam sedikit masa lagi.

* Info di atas adalah merupakan sebahagian maklumat yang diperolehi dari mesyuarat di atas. Jika berlaku kesilapan info di atas, adalah disebabkan kelemahan penerima maklumat.

No comments:


Designed by Najjah Indahart