Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 18 January 2012

KURSUS ISTIADAT PENGAKAP DAN KAWAD ZON TIMUR

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus tersebut sebagaimana berikut :

Tarikh : 16 - 19 Februari 2012
Tempat : Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
Lapor diri : 10.30 pg – 12.30 tgh ( 16 Feb 2012)

Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu atau semua guru pemimpin pengakap daerah Hulu Terengganu dipelawa untuk menyertai kursus ini.

Syarat-syarat dan senarai penyertaan :

1. Yuran kursus RM 200.00 seorang (makan-minum, penginapan dan bahan kursus) ditanggung oleh peserta sendiri.
2. Bawa ”bush jacket” lengan panjang & songkok (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ke atas), baju koprat PPM, baju batik, Uniform No. 3, buku log & alatulis dan lain-lain keperluan kursus jika perlu.

Jika ada yang berminat sila dapatkan borang daripada Encik Esham bin Busu, Pengerusi Latihan Pengakap Daerah Hulu Terengganu dan hantar kepada Tuan Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu sebelum 31 Januari 2012.

Jika memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi Tuan Haji Othman bin Ismail (0199135366) atau Encik Mohammad bin Sulaiman ( 0199878677).

Segala kerjasama dan sokongan tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”

HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT, PJK,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

No comments:


Designed by Najjah Indahart