Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Thursday 5 January 2012

PEMAKAIAN LENCANA WORLD BUREAU (WOSM) DI UNIFORM PENGAKAP

Ruj. Kami : PPM.NT/KPN/11 ( 77 )
Tarikh : 02 Disember 2011


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara pada 28 Oktober 2011 telah memutuskan bahawa semua ahli pengakap diminta memakai lencana WOSM di uniform pengakap ( di atas poket kanan & tag nama) berkuatkuasa serta merta.


3. Sehubungan itu, dimohon tuan memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah menengah dan rendah juga pasukan kelana daerah tuan supaya membeli dan memakai lencana WOSM di uniform mereka mulai sekarang (disertakan lampiran cara memakai lencana WOSM ).


4. Kedai Pengakap PPM Negeri Terengganu akan membekalkan lencana tersebut jika daerah tuan memerlukannya.


5. Sila hubungi Tuan Haji Othman bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu ( 019-9125366 ) atau En. Mohamad bin Sulaiman, Setiausaha MPNT (019-9878677 ) sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut.


Segala kerjasama dan sokongan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN ”


Saya yang menjalankan tugas,

Haji Othman bin Ismail, A.M.T., P.J.K.,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Negeri Terengganu Darul Iman.

No comments:


Designed by Najjah Indahart