Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 3 March 2008

INFO ... KEMPORI PENGAKAP QBER 2008 ...

Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2008
Tempat : Taman Pertanian Sekayu,
Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada Semua ahli Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin Pengakap yang berdaftar pada tahun 2008.
  • Setiap Ahli Pengakap perlu mengisi Borang Penyertaan Kempori Individu ( KPJ 1[A] ) yang diedarkan.

  • Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.

  • Mendapat kebenaran dan sokongan dari Pengetua Sekolah.

  • Mendapat sokongan dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah / Negeri.

  • Semua peserta hendaklah sihat fizikal dan mental serta tidak mempunyai penyakit kronik.

  • Peserta mesti sanggup menjalani aktiviti lasak serta bermalam di dalam khemah.

  • Peserta dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran seperti berikut: Pemimpin, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana : RM 50.00

  • Bayaran pendaftaran adalah meliputi Baju T, Skaf, Lencana Kempori, Kad Nama Kempori, Kad Aktiviti dan sijil penyertaan.

  • Perbelanjaan Makan, Minum dan Pengangkutan adalah tanggungjawab kumpulan/sekolah masing-masing.

  • Semua peserta yang ingin menyertai kempori ini diminta mengembalikan Borang penyertaan Individu kepada Pemimpin Kumpulan.

  • Pemimpin kumpulan perlu mengembalikan Borang Penyertaan Individu (KPJ 1[A]), Borang Pendaftaran Berkelompok (KPJ 1[B]) bersama bayaran pendaftaran sebelum atau pada 28 Mac 2008 kepada Urusetia Kempori untuk melicinkan urusan pentadbiran kempori.

  • Semua bayaran secara wang pos atau cek hendaklah dibuat atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu.

  • Sila kembalikan Borang (KPJ 1[A] & KPJ 1[B]) bersama wang pendaftaran pada atau sebelum 28 Mac 2008 kepada:

    Encik Rosley bin Mat Hasan,
    Pen. Pesuruhjaya Pengakap(Ibupejabat/Kelana)
    Negeri Terengganu,
    d/a SK Bukit Perah,
    21800 Ajil,
    Terengganu Darul Iman.
    013-966 8532 / ppmhuluterengganu@yahoo.com

  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

    Encik Esham bin Busu,
    Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Latihan)
    Hulu Terengganu,
    d/a SK Menerong,
    21800 Ajil,
    Terengganu Darul Iman.
    013-964 1840 / esh_tie@yahoo.com

”KEPENGAKAPAN MEMPERKASA MODAL INSAN”

No comments:


Designed by Najjah Indahart