Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 28 March 2008

PENYERTAAN KEMPORI QBER 2008 TELAH DIHADKAN SEHINGGA 2000 ORANG SAHAJA...

Salam Perpaduan Pengakap Sejagat dan Salam Kempori...

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempori Pengakap Jemputan QBER 2008 yang telah diadakan pada 24 Mac 2008 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang telah membuat keputusan untuk menghadkan penyertaan kempori sehingga 2000 orang peserta sahaja.


Mesyuarat juga telah membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup pada 15 April 2008 (Selasa), memandangkan masih ada negeri-negeri yang belum menerima surat siaran dari Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sehubungan itu, kepada warga Pengakap yang masih lagi belum respon kepada jemputan kami sila berbuat demikian dengan segera kerana satu lagi mesyuarat akan diadakan pada 8 April 2008 (Selasa).


Terima kasih....

No comments:


Designed by Najjah Indahart