Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 28 March 2008

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA KERIS GANGSA SK KUALA PING

Tahniah kepada warga Pengakap Sekolah Kebangsaan Kuala Ping, Kuala Berang kerana berjaya mengadakan Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Keris Gangsa. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Taman Rekreasi Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Dianggarkan seramai 62 orang ahli Pengakap Kanak-kanak telah menghadirinya di bawah pimpinan Encik Shamshurizat Hashim yang juga mendapat sokongan dari pihak sekolah terutamanya dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Perkhemahan ini telah dibantu oleh Encik Norjamalulullail Mohd Nor, Encik Rosley Mat Hasan, Encik Ahmad Yusri Mustafa, Encik Mazlan A. Manap, Encik Abdul Malik Ali, Encik Yusazri Mohd Yusof, Cik Rohani Harun dan Cik Yasmi Irena. Perkhemahan ini juga telah dibantu oleh Pasukan Pengakap Kelana Kuala Berang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di samping menjalankan beberapa ujian lencana sebagaimana yang telah digariskan oleh PPM.

No comments:


Designed by Najjah Indahart