- Modul WARISAN [Heritage Module]
- Modul GLOBAL [Global Module]
- Modul CABARAN [Challenge Module]
- Modul KOMUNITI [Community Module]
- Modul ALAM [Environment Module]
- Modul EKSPLORASI [Exploration Module]
Para peserta akan dianugerahkan lencana modul aktiviti dan Sijil Khas Aktiviti setelah peserta berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan dan mendapatkan cop-cop pengesahan perlaksanaan aktiviti.
OBJEKTIF MODUL
MODUL WARISAN [Heritage Module]
Memperkenalkan kepada ke semua peserta tentang warisan rakyat Malaysia terutama sekali dari segi tarian, kraftangan, permainan dan cara hidup secara tradisi masyarakat di Malaysia.
MODUL GLOBAL [Global Module]
Memperkenalkan kepada semua peserta tentang isu-isu semasa yang memberikan kesan kepada masyarakat sedunia serta memberikan para peserta pengalaman serba baru bagi pendedahan mengenai Millennium Development Goals dan sumbangan para Pengakap di dalam memberikan sumbangan bagi menangani isu-isu semasa.
MODUL CABARAN [Challenge Module]
Memperkenalkan kepada semua peserta tentang cabaran-cabaran lasak dan memberikan kesan kepada masyarakat sedunia dan memberikan para peserta pengalaman serba baru bagi menjalani aktiviti-aktiviti lasak serta sumbangannya terhadap pembinaan jatidiri para Pengakap.
MODUL KOMUNITI [Community Module]
Memperkenalkan dan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang peranan ahli Pengakap terhadap pembangunan komuniti. Adalah menjadi satu tanggungjawab khusu kepada para peserta Pengakap untuk memberikan sumbangan secara fizikal dan mental bagi pembangunan komuniti ini.
MODUL ALAM [Environment Module]
Memperkenalkan dan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta tentang peranan ahli Pengakap terhadap pembangunan dan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar dan kesan-kesannya terhadap perkembangan ekonomi setempat.
MODUL EKSPLORASI [Exploration Module]
Memperkenalkan, memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta tentang eksplorasi serta minat ahli Pengakap terhadap beberapa bahagian aktiviti berkaitan dengan kemahiran dan pembangunan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment