Bercerita perihal laman web atau laman blog... Ibupejabat PPM telah mengendalikan laman web yang agak menarik dari segi penampilannya... Namun begitu apabila kita memasuki ruang forumnya agak hambar kerana seperti tiada sambutan serta pengelolanya sendiri tidak menyedari persoalan yang ditombulkan oleh pengunjung forum...
Secara peribadi AQELA berpendapat sebuah organisasi yang sebesar ini serta dikelolakan oleh orang-orang yang hebat sepatutnya laman webnya akan lebih bermaklumat yang terkini serta interaktif kepada pengunjungnya...
Apabila kita melawati beberapa laman web PPM [Negeri, Daerah atau Kumpulan] yang lain, kelihatannya agak lebih kehadapan dari segi teknologi serta maklumat yang disiarkan...
Namun begitu, itulah laman web kebanggaan kita sebagai seorang Pengakap... Kepada orang ibupejabat jangan cepat melenting tetapi fikir-fikirkan macam mana untuk menjadikan laman web tersebut sebagai laman web "Nomuro Uno"....
1 comment:
sebenarnya... tanggungjawab untuk setiap menjawab setiap persoalan yang dikemukakan adalah terletak dibawah bidang kuasa ACC atau NHQC yang berkenaan. Masalah PPM... committee atau pun bureau adalah mereka tidak peka kepada kepentingan IT itu sendiri sebagai wadah sebaran terkini... dan kebanyakkan persoalan itu sebenarnya adalah menjurus kepada ketidak pekaan penyoal kepada sistem didalam POR dan akta PPM kita sendiri... setiap latihan adalah dibawah kuasa PPM Negeri... contohnya... tanyalah kepada mereka, siapa ASC Latihan mereka... itu pun kalau mereka boleh menjawabnya. Adakah ini pemimpin yg ingin kita lahirkan...
Post a Comment