Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 24 December 2008

MESYUARAT PASUKAN LATIHAN DAN PROGRAM PPM HULU TERENGGANU...

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pasukan Latihan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan mesyuarat tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh : 27 Disember 2008
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu Darul Iman.

3. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki hadir bagi melancarkan mesyuarat berkenaan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Encik Esham bin Busu, Penolong Pesuruhjaya Pengakap [Latihan] Daerah Hulu Terengganu.

4. Semoga tuan/puan dapat meneruskan sokongan kepada aktiviti kepengakapan di daerah Hulu Terengganu. Segala kerjasama serta keprihatinan tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menurut perintah,



( ESHAM BIN BUSU )
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan)
Daerah Hulu Terengganu
b.p.:
Pesuruhjaya Pengakap,Daerah Hulu Terengganu.

**********************************************************

AGENDA MESYUARAT
PASUKAN LATIHAN DAERAH
SESI 2008 / 2009

1. Memperbaharui Persetiaan Pengakap
2. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
3. Pelaporan Aktiviti 2008
4. Pembentangan Perancangan Aktiviti 2009
5. Hal-hal lain

Mesyuarat dijangkakan akan dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu.

Dijangka turut dihadiri oleh Tuan Haji Othman bin Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan YM Tengku Mohd Razali bin Tengku Ngah, Setiausaha Latihan Pengakap Negeri Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart