Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 2 December 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... AKTIVITI MASA LAPANG

Cukup menarik bagi AQELA apabila pihak Pengurusan Aktiviti Jambori (PAJ) juga menyediakan ruang di dalam buku aktiviti peserta dengan beberapa perkara yang berkaitan aktiviti masa lapang di dalam kontinjen. Sebanyak 18 ruang aktiviti telah disenarai oleh pihak PAJ. Ini telah menambah kesibukan kepada pegawai kontinjen masing-masing. Namun begitu sekurang-kurangnya memberikan satu perasaan bangga juga bagi Pemimpin baru yang tidak pernah terlibat dengan Jambori apabila berpeluang memberikan pengesahan kepada ahli Pengakap.
Aktiviti yang disenaraikan juga telah melayakkan ahli Pengakap untuk dianugerahkan lencana-lencana Perkhidmatan dan juga Kemahiran apabila pulang nanti.
Berikut adalah antara Aktiviti Masa Lapang yag disenaraikan oleh PAJ 2008 :
  1. Mendirikan Khemah
  2. Menbina Gajet 1/2/3/4
  3. Memasak 1/2/3/4
  4. Menolong QM Kontinjen
  5. Urus Kebersihan
  6. Buat Kawalan
  7. Mencari 12 Sahabat
  8. Solat Berjemaah 1/2/3
  9. Membersihkan Surau
  10. Membantu QM Dapur
  11. Bertugas di Pintu Masuk Kontinjen
  12. Bertugas di Bilik / Ruang Pameran Kontinjen
  13. Penghubung / Utusan dengan Pusat / Urusetia
  14. Bergotong Royong
  15. Menghadiri Ceramah
  16. Belajar Ikatan / Simpulan
  17. Lawatan ke Kontinjen Lain
  18. Guna Parang / Gergaji

Setelah melakukan perbincangan dengan beberapa orang JK Latihan Daerah... Dengan rasa hormatnya serta sukacitanya AQELA mencadangkan kepada ahli Pengakap yang menganggotai Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ke Jambori Antarabangsa Johor 2008, setelah disahkan oleh Pemimpin Kontinjen dari daerah Hulu Terengganu, maka ahli Pengakap yang berkenaan dengan syarat hendaklah menyediakan laporan serta buku log yang berkaitan adalah layak menerima lencana sepertimana berikut :

  • PENGAKAP MUDA
  • PENGAKAP REMAJA

No comments:


Designed by Najjah Indahart