Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday, 3 December 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 ... Berlalu Pergi


JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008 [JAJ2008] adalah merupakan Jambori Johor yang ke-24... Usia jambori itu sendiri telah menambah "keterujaan" AQELA untuk berada di Kem Jubli Intan, Batu Pahat, Johor sebagai salah seorang peserta di JAJ2008. Kemunculan penulisan ini adalah merupakan penutup ke atas sebarang liputan berkaitan JAJ2008 di weblog ini. AQELA akan cuba berlaku adil dan seikhlas yang mungkin terhadap pengurusan JAJ2008.
  • URUSETIA
Pengurusan serta kedudukan strategik telah menjadikan Urusetia JAJ2008 menjadi sesuatu yang menutup segala kelemahan yang telah berlaku. Tahniah kepada petugas-petugas Urusetia JAJ2008 yang sudah pastinya AQELA sering berkunjung untuk mendapatkan maklumat. Layanan yang diberikan amat memuaskan... Memandangkan walau di dalam kesibukan menjalankan tugasan di urusetia namun para petugas di urusetia sentiasa menguntumkan senyuman serta memberikan info yang tepat berkaitan JAJ2008.
  • AKTIVITI
Tahniah kepada Pusat Aktiviti Jambori [PAJ] kerana mampu menghasilkan kelainan dalam menyediakan aktiviti di JAJ2008. Namun begitu idea untuk mengadaptasikan "World Jamboree" di JAJ2008 seharusnya bukanlah secara bulat-bulat. AQELA sempat bertukar-tukar pendapat dengan beberapa orang pemimpin kontinjen berkaitan pelaksanaan penganugerahan lencana aktiviti. Antara yang dirasakan paling lojik ialah pendapat mengatakan bahawa pelaksanaan memang "cantik" serta teratur berlaku di "World Jamboree" kerana kemungkinan penyertaan sesebuah kontinjen (kekuatan setiap kontinjen) tidak seramai yang menyertai JAJ2008. Apa yang berlaku di JAJ2008, Ketua aktiviti terpaksa menyelaraskan tugasan yang agak banyak untuk mendapatkan Lencana Anugerah Aktiviti dari PAJ.
Kaedah "Puzzle" juga dikira agak menyukarkan pihak PAJ dan juga Ketua Aktiviti Kontinjen... Namun begitu, AQELA mengucapkan tahniah kepada Encik Ishak, Encik Zainal, Encik Suhaimi dan juga semua petugas PAJ yang juga sama situasinya di Urusetia JAJ2008... Walaupun sibuk namun mampu memberikan perkhidmatan yang memuaskan...
  • DOKUMENTASI
AQELA agak terkilan kerana buat pertama kali bagi AQELA kerana tidak dapat bahan bercetak dari pihak penganjur jambori iaitu Buletin @ Warta Jambori. Nampak remeh tetapi ia amat mengesankan terutama kepada pihak kontinjen untuk membuat laporan berkaitan fakta angka dan sebagainya. Bagi AQELA sendiri, jika tidak dapat hadir ke mana-mana jambori pun tak mengapa, tetapi yang paling penting ialah jika rakan-rakan yang menghadiri jambori tersebut mampu membawa pulang naskah buletin atau bahan bercetak dari jambori sudah mencukupi. Kerana AQELA mampu merasakan keseronokan jambori apabila mendapat bahan bercetak dari mana-mana jambori.
  • PENYERTAAN
AQELA mengangkat tiga jari tanda hormat kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor serta seluruh warga JAJ2008 kerana mampu menangani limpahan peserta kurang lebih 4 ribu orang itu. Itu adalah satu kejayaan yang dikira amat membanggakan terutama sekali kerana JAJ2008 mampu mengundang seramai lebih 200 orang peserta antarabangsa.
  • PENEMPATAN
Susunatur kem memang amat memuaskan kerana dikira dengan keluasan yang ada mampu memberikan keselesaan kepada peserta-peserta. Kontinjen Pengakap Negeri Terengganu ditempatkan di pinggir tasik yang penuh misteri itu. Memang tepatlah dengan AQELA, kerana beberapa bulan sebelum hadir ke Kem Jubli Intan, Batu Pahat... AQELA dimomokkan dengan pelbagai kisah berkaitan tasik di belakang kem tersebut. Alhamdullillah tiada sebarang kejadian buruk berlaku terutama kepada kontinjen Pengakap Negeri Terengganu.
Perkara biasa berlaku ialah kegawatan yang berlaku di bilik air serta tandas... Memang berlaku apabila kehadiran peserta yang katanya diluar dugaan penganjur... Namun begitu kelemahan ini AQELA rasa akan mampu ditangani oleh pihak PPM Johor untuk masa depan.
  • PETUGAS
Alhamdulillah dengan petugas yang agak terhad bilangannya JAJ2008 mampu bergerak setaraf namanya. Pihak pengurusan di masa akan datang seelok-eloknya menghubungi KLKM yang terdapat di negara kita bagi mendapatkan bantuan tenaga. AQELA sempat bertemu dengan beberapa rakan AQELA dari KLKM yang pernah bertugas di program QUBER antaranya Najib dan Yusra (UNITEN) dan Adli (UMT) serta beberapa orang ahli Kelana yang memang dari Terengganu bertugas di sana.
  • PENUTUP
Secara keseluruhannya JAJ2008 tidak mengecewakan. Segala kelemahan adalah bersifat sementara sahaja. Insya'allah di masa hadapan PPM Johor mampu mengatasinya dengan cemerlang. Ucapan terima kasih AQELA kepada semua yang terlibat dengan JAJ2008 bermula dari perancangan hingga pengakhirannya. AQELA menanti kemunculan JAJ seterusnya.... Dengar katanya 2010.... Nampak gayanya bertembung dengan Kempori Quber Edisi 2 la..... Segala yang tersiar di laporan ini adalah merupakan pandangan peribadi AQELA terhadap JAJ2008 dan bukan bermaksud untuk memburuk-burukkan JAJ2008.
Kepada pihak atasan JAJ2008, harapan AQELA semoga menerimanya secara terbuka kerana bagi AQELA JAJ2008 tidak menghampakan... Terutamanya binaan menaranya walaupun tidak berjaya mencipta rekod namun ia memang satu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi buat tenaga-tenaga kelana yang membinanya.... Jangan putus asa cuba dan terus mencuba....

1 comment:

Anonymous said...

tiada petugas dari klkm umt dilaporkan..


Designed by Najjah Indahart