Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday, 17 February 2009

AKTA (PERBADANAN) PERSEKUTUAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP MALAYSIA, 1968

MALAYSIA
Akta Parlimen

Suatu Akta bagi memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris ”Boy Scouts Association of Malaysia”) dan bagi maksud-maksud yang berkenaan dengannya.


[21 November 1968]


MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Tajuk Ringkas Dan Pemakaian

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, 1968.

(2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Persekutuan.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain

Ordinace” ertinya :

(a) Ordinace Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu;

(b) Ordinace Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah; atau

(c) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak;

Pengakap” termasuklah Anak Serigala, Budak Pengakap, Pengakap Kanan, Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap, Ahli Pereman Persekutuan atau Ahli Kumpulan Baden Powell yang diiktiraf sedemikian oleh Ordinance.

Perbadanan” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris ”Boy Scouts Association of Malaysia”) yang diperbadankan oleh Akta ini;

Persekutuan” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap, yang dirujuk di bawah Ordinance.

AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA 1974

Tarikh Persetujuan Diraja ... ... 30 Julai 1974
Tarikh diterbitkan dalam Warta ... 22 Ogos 1974

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 143

Suatu Akta bagi menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia,
memperuntukkan penalti bagi mana-mana daripada kesalahan-kesalahan yang
diperuntukkan dalamnya dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara dengannya.
[23 Ogos 1974]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.

2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah subseksyen 3 (1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 (kemudian daripada ini disebut ”Persekutuan itu”) hendaklah selepas Akta ini mula berkuatkuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya atau kuatkuasa apa-apa tindakan, pembicaraan, pindahhak, pindahmilik, suratikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

3. Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 adalah dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 13 suatu seksyen 13A yang baru yang berikut:

Penalti 13A. Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.”

KURSUS LANJUTAN KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP MUDA

Tarikh : 5 hingga 7 Mac 2009
Masa Lapor Diri : 2.00 petang
Tempat : Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.


OBJEKTIF KURSUS:

1. Memberikan latihan kepada pemimpin untuk mengendalikan

kumpulan Pengakap di daerah Hulu Terengganu secara lebih cemerlang.
2. Memberikan pendedahan kepada pemimpin berkaitan sumber-sumber

latihan dan program terkini.
3. Memperbaharui pengetahuan (refresher course) serta maklumat

berkaitan aktiviti kepengakapan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
bagi pemimpin lama.
4. Memperkasakan kepimpinan Pengakap Sekolah (kumpulan) daerah Hulu

Terengganu ke arah pencalonan Pengakap Raja.

SYARAT KELAYAKAN PENYERTAAN:

1. Pemimpin Pengakap berumur 21 tahun ke atas.
2. Pemimpin-pemimpin Pengakap sepertimana berikut:
PERNAH menjalani Kursus Kepimpinan Manikayu serta memiliki sijil

Kursus Manikayu Penerangan / Pengenalan / Peringkat 1.
3. Bayaran pendaftaran RM60.00 untuk setiap peserta meliputi makan,

minum, bahan kursus serta sijil. Sumber kewangan boleh didapati dari
Kewangan LPBT (Kursus).

KAEDAH KURSUS:

1. Perkhemahan 3 hari 2 malam
2. Pengisian teori
3. Latihan amali

Jom ... Rovermoot Kuantan 2009

Kepada Ahli Pengakap Kelana Quber
1 Mei 2009 hingga 4 Mei 2009
Kem Damai,Kampung Seri Damai,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Ekspedisi Pendakian Gunung Tebu Pengakap Muda/Remaja Hulu Terengganu 2009

Bermula 5 hingga 7 Mac 2009

Kekuatan Ahli Pengakap Muda/Remaja
SMK Matang : 21 orang
SMK Kuala Jenderis : 11 orang
SMK Menerong : 11 orang

43 orang

Kekuatan Pamimpin dan Guru

15 orang

Pengerusi
Encik Zainuddin bin A. Rahman

Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Program)
Hulu Terengganu


Timbalan Pengerusi
Encik Saharudin bin Wahab
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Ibupejabat/PM)
Hulu Terengganu

Setiausaha
Encik Abdul Malik bin Ali
Setiausaha Kehormat
Majlis Pengakap Daerah Hulu Terengganu

Ahli Jawatankuasa
Pemimpin-Pemimpin Pengakap Muda/Remaja :
SMK Matang
SMK Kuala Jenderis
SMK Menerong
Pasukan Pengakap Kelana C Hulu Terengganu

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform SK Hulu Terengganu 2009

Bermula 19 hingga 21 Februari 2009
Berlokasi di Batalion ke 18 RAMD, Kem Seri Pantai,
Kuala Terengganu, Terengganu


Kekuatan Ahli Pasukan Badan Beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah : 11 orang
Pengakap : 13 orang
Pandu Puteri Tunas : 5 orang
Puteri Islam : 5 orang

34 orang

Kekuatan Pamimpin dan Guru
Jurulatih Pusat Kokurikulum : 1
Kadet Remaja Sekolah : 3 orang
Pengakap : 4 orang
Pandu Puteri : 2

10 orang

Pengerusi
Encik Othman bin Long
Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Kem Komandan
Encik Khalid bin Ali
Guru Pen. Kanan Kokurikulum
SK Kuala Dura


Ketua Kontinjen
Encik Esham bin Busu
Guru Pen. Kanan Kokurikulum
SK Menerong


Guru Pengiring
Encik Azli bin Saad - KRS
Encik Ismahadi bin Ismail - KRS
Puan Nor Rida bin Abdullah - Pandu Puteri
Puan Siti Kembang binti Salleh - Pandu Puteri


Jurulatih
Encik Yusof bin Endut - Pengakap
Encik Mazlan bin A. Manap - Pengakap
Encik Mohd Zubir bin Abdullah - Pengakap
Puan Rosmesah binti Hassan - KRS

Thursday, 5 February 2009

RAKAN RADIO AMATUR MENAIKAN PANCAR ULANG

TAHNIAH
KEPADA RAKAN RADIO AMATUR QUBERSCOUT

KERANA TELAH BERJAYA
MENGUJI DAN MENAIKKAN
PANCAR ULANG
9M4 RBG


UNTUK

KELAB RADIO AMATUR DAN REKREASI TERENGGANU [PEMANCAR]
CAWANGAN HULU TERENGGANU


TERIMA KASIH

KEPADA

TUAN HAJI KARIM,
PENASIHAT PEMANCAR ZON HULU TERENGGANU

ENCIK ABDUL RAZAK BIN SAAD,
PENGERUSI PEMANCAR NEGERI TERENGGANU


SETERUSNYA
SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYEDIAKAN PANCAR ULANG
"KOMUNIKASI UNTUK PERSAHABATAN"

Tuesday, 3 February 2009

GAZA: Appeal To Scouts To Do Their Best To Stop War And Terror

January 15, 2009

Dear sisters and brothers Scouts,

as Scouts, we see in every other scout a brother or sister, in every human being a friend; this is our commitment. As “citizens of the world” every country is our country, every people our people. This is why, today we cannot and should not remain silent while our friends and brothers in Gaza live the horrors of war, violations, suffering and destruction, with hundreds of deaths and thousands of injured people.

After having experienced the horrors of the Great War, B.-P. felt strongly the need for a peace education of the new generations – an education that had to be guided, first of all “by an absolute sense of justice”. In B.-P.’s words scouting is about “instilling into our boys (and girls) by example and practice of the habits of goodwill, tolerance and understanding of others.”

It is not in our capacity to stop brutality and terror, but we can help humanity to make a step forward. Scouts – true Scouts - should be able to overcome differences and face even historical disputes and conflicts, meeting each other in a spirit of brotherhood, as equals in dignity and rights.

We appeal to all Scouts in the conflict area, in the Middle East and everywhere, especially to those who are today in a leading position on both sides, to meet as brothers and sisters. Be guided “by an absolute sense of justice” and act with all your forces to reject and stop war and terror. Send to the world a message of goodwill: to have Peace, start building Peace.

Eduardo Missoni

Former Secretary General
World Organization of the Scout Movement

Dominique Bénard

Former Deputy-Secretary GeneralWorld Organization of the Scout Movement
  • Received from:
  • adli ishak

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE-7

Tarikh :

30 Mei 2009 hingga 04 Jun 2009
Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )

Tema :

"KEAMANAN SEJAGAT"

Lokasi :

Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka.

Yuran :

Yuran Jambori sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutan semasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori ( kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan , Tag )

Bayaran :

Cek atau Bank Draf atas nama : " MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA "

Keperluan :

Setiap Kontinjen hendaklah membawa khemah dan ubatan peribadi serta menyediakan insuran diri peserta.

Makanan dan minuman :

Disediakan oleh peserta / kontinjen sendiri.

Peserta :

Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing-masing.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba, kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air dan pelbagai lagi.

# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.

Pengesahan :

Sila lengkapkan borang maklumbalas penyertaan Jambori dan kembalikan kepada Setiausaha Jambori PADA atau SEBELUM 10 APRIL 2009.

Terima kasih atas perhatian dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka sedia menunggu maklumbalas dan menyambut kehadiran peserta di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ;



….‘Di Mana Segalanya Bermula…’


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI MELAKA
674-A, Taman Melaka Raya,

75000 Banda Hilir,

Melaka, Malaysia.


Monday, 2 February 2009

Keputusan Peperiksaan Radio Amatur 2/2008


TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN
YANG TELAH LULUS DI DALAM RAE 2/2008


SEMOGA ANDA SEMUA BOLEH "TERBANG" TINGGI

73 ... Cherio

23rd Asia-Pacific Regional Scout Conference 2009

Memorable Moment

National Promotional Campaign

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) has launched an impressive national promotional campaign for the 23rd Asia-Pacific Regional Scout Conference on 24th January 2009 held at the Kuala Lumpur International Youth Centre.

Malaysia's Minister of Youth Dato Sri Ismail Sabri has led the function and attended by Chief Scout of Malaysia Dato Seri Dr. Haji Shafie, accompanied by National Chief Commissioner Dato Haji Kaharuddin, World Scout Committee member Eric Khoo, all Assistant chief commissioners of PPM, members of the Executive Committee, and representatives from key government offices and departments.

The World Scout Bureau / Asia-Pacific Regional was represented by Regional Director Abdullah Rasheed and Director S. Prassanna.

Malaysia's Minister of Youth Dato Sri Ismail Sabri has assured full support of his ministry to the conference and invites all national Scout organizations to send sizable delegations and to enjoy Malaysian hospitality.

Sunday, 1 February 2009

Info ... Kuantan Moot 2009



Anjuran Bersama
Pejabat Belia dan Sukan Negeri Pahang
Majlis Pengakap Negeri Pahang
Pasukan Kelana B Daerah Kuantan
Dengan Kerjasama Zonice Rovers KL

Tarikh
1 Mei 2009 hingga 4 Mei 2009

Tempat
Kem Damai,Kampung Seri Damai

Sasaran
Ahli Kelana – Pasukan Terbuka di semua peringkat.
Ahli Kelana Siswa – Pasukan Kelana IPTA/IPTS (KLKM) dan KLM
Ahli Kelana – Pasukan Kelana Unit Sekolah ( Tertutup)
Krew Pengakap Antarabangsa
Anggaran penyertaan adalah seramai 500 ke 1000 orang ( peserta/pegawai)


Bayaran
Malaysia RM 50.00 (sebelum 31 Mac 2009) dan RM 70.00 (seterusnya)
Luar Negeri USD 50.00 (sebelum 31 Mac 2009) dan USD 70.00 (seterusnya)
(Peserta akan diberi T-shirt, skaf Rovermoot, lencana, Tanda nama, dan sijil penyertaan.

Pengangkutan,makanan dan minuman
Perbelanjaan makanan dan minuman adalah tanggungan sendiri.Gerai makanan dan minuman akan diadakan sepanjang Kuantan Moot.Pengangkutan akan disediakan mengikut permintaan khas (Lapangan Terbang dan Terminal bas) mengikut jadual.

Kelengkapan yang perlu dibawa
Uniform lengkap.
Peralatan untuk berkhemah. (khemah tidak disediakan).
Dan Sebagainya

Larangan
Kuantan Moot adalah bebas dadah dan arak.Dilarang Keras sama sekali membawa/menggunakan/minum dadah dan arak sepanjang event diadakan.Merokok hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.

Aktiviti

Kesenian dan Kebudayaan (Culture and Arts).
- Lombong Syaf Sg. Lembing.
- Muzium Pahang / Muzium Sungai Lembing.
- Pusat Kraftangan.
- Batik Village.
- Native Food.

Lasak dan Ekstrem (Adventure and Xtreme).
- Bukit Panorama Sg. Lembing.
- Futsal.
- Paintball
- Wall Climbing.
- Abseiling.
- River Cruise.
- Berbasikal.

Komuniti.
- Pantai Teluk Cempedak.
- Derma Darah.
- Penanaman pokok.
- Aktiviti bersama masyarakat kampung.
- Rumah Orang Tua dan anak yatim

Global Development Village.
- Pameran Kerjaya,pendidikan dan Kemasyarakatan.
- Teknologi komunikasi (radio amatur/internet).
- Mini Forum
- Lawatan Kem dan Pelabuhan

*Tertakluk kepada perubahan

Pendaftaran awal boleh dibuat dengan menghantar email kepada kuantanrovermoot@gmail.com dan sertakan nama,alamat,e-mail,nama pasukan dan nombor yang boleh dihubungi.

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghantar email yang tertera diatas.

18th National Scout Jamboree



Date:
25 – 30 April 2009

Participants should arrive at the campsite on 24th April 2009, one day before the Opening ceremony and depart on 1st May 2009

Theme:
“Moral and Friendship”

Venue:
Trang National Scout Camp or “Thai Chalerm Prakiat Scout Camp” located at Huay-Yod District, Trang Province, the south of Thailand, about 828 kilometres from Bangkok.

The Camp compound with a beautiful natural scene of hillside and 2 lakes on the area of 2,000 rais (800 acres) which enough to accommodate 10,000 scouts and suitable to do adventure and water activities.

Trang is a famous province in its cultural heritage, the mix of Chino-Protugese and Thai with its long, beautiful coastline by Andaman Sea with numerous fascinating beaches, caves, islands, mountains and waterfalls.

For visitors interested in adventure, you will have the remarkable experience
if you visit the outstanding tourist attractions such as the Emerald Cave which
accessible by only water sea, Ko Petra National Park which some of the dive
sites are world-class, Trang Hot Spring etc.

Eligibility:
Open for young scouts and guides age between 12 – 17 years old who apply through their National Scout Associations (should apply in a patrol which comprise of 9 scouts + 1 leader). We expect to have 9,500 participants both Thai and overseas in this Jamboree.

Camp Fee:
US$ 100 per person (both Scout and leader)
The fee will cover all meals during camp (from dinner of 24th April 2009 to Breakfast of 1st May 2009), tent accommodation, activities programme, Jamboree souvenirs, Insurance and transportation (from Krabi Airport, Phuket Airport, Trang Bus Terminal or Trang train Terminal)

Highlight Programmes:
A wide variety of activities which designed to suit young scouts will be offered, both on-site and off- site such as: Adventure, water activities, Hiking, Community Services, Arts & Cultures, Science & Technology, Pioneering, Education Tour, Free Time Activities, Exhibitions, Games etc.

Post programme tour can be arranged upon requested with moderate price, not more than US$ 50 which cover accommodation, meals, city tour, and Transportation to airport.

Weather:
The temperature in Trang all year round is warm with an average 20 – 36 celsius. But in April, the temperature is the hottest period of the year. The best time to visit Trang is between December– May which is not the Monsoon season.

Transportation: Transportation will be arranged from Trang, Phuket or Krabi airport to campsite and also from Trang railway station and Trang bus terminal.

How to reach Trang:
By Air :
There are direct flights from your country to Phuket and the transportation to pick up from the airport to campsite will be organized .


From Bangkok:
The most convenience way is to take a flight from Donmuang Domestic Airport to Krabi and transportation will be arranged to pick up to campsite.

By train From Bangkok:
Rapid or Express trains from Bangkok Railway Station (Hua Lampong) to Trang are available daily at 5.05 p.m. and 6.20 p.m. The trip takes about 15 hours.

By bus From Bangkok:
Air conditioned buses from Southern Bus Terminal to Trang are available everyday. The trip takes about 12 hours.

What you should bring:
Participants should bring personal camping equipment, including sleeping bag, meals kits, cutlery, flashlight, raincoat etc. Please do not forget to bring your national flag and national costume for international programme.


Please kindly send the Application Form not later than 15 April 2009.


For more information please contact:

Mr. Sutham Phanthusak
International Commissioner
National Scout Organization of Thailand
Vajiravudh House
National Stadium
Rama 1 Street, Bangkok 10330, Thailand

Tel. + 66 2 – 6286365 / 2192731
Fax:+ 66 2 - 6286365 / 2192108
E-mail: nsot@scoutthailand.org
sutham@woodland-resort.com
gingpayom_b@hotmail.com

Designed by Najjah Indahart