MALAYSIA
Akta Parlimen
Suatu Akta bagi memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris ”Boy Scouts Association of Malaysia”) dan bagi maksud-maksud yang berkenaan dengannya.
[21 November 1968]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
Tajuk Ringkas Dan Pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, 1968.
(2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Persekutuan.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain
”Ordinace” ertinya :
(a) Ordinace Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu;
(b) Ordinace Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah; atau
(c) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak;
”Pengakap” termasuklah Anak Serigala, Budak Pengakap, Pengakap Kanan, Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap, Ahli Pereman Persekutuan atau Ahli Kumpulan Baden Powell yang diiktiraf sedemikian oleh Ordinance.
”Perbadanan” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris ”Boy Scouts Association of Malaysia”) yang diperbadankan oleh Akta ini;
”Persekutuan” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap, yang dirujuk di bawah Ordinance.

No comments:
Post a Comment