Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 17 February 2009

AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA 1974

Tarikh Persetujuan Diraja ... ... 30 Julai 1974
Tarikh diterbitkan dalam Warta ... 22 Ogos 1974

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 143

Suatu Akta bagi menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia,
memperuntukkan penalti bagi mana-mana daripada kesalahan-kesalahan yang
diperuntukkan dalamnya dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara dengannya.
[23 Ogos 1974]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.

2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah subseksyen 3 (1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 (kemudian daripada ini disebut ”Persekutuan itu”) hendaklah selepas Akta ini mula berkuatkuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya atau kuatkuasa apa-apa tindakan, pembicaraan, pindahhak, pindahmilik, suratikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

3. Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968 adalah dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 13 suatu seksyen 13A yang baru yang berikut:

Penalti 13A. Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.”

1 comment:

Mej Mior Rosli TUDM (Bersara) said...

Seharusnya kena tunjuk akta asal iaitu akta 38 tahun 1968.. baru lah nampak seksyen 1 hingga 13.. kemudian baru tunjuk pindaan ini dan akhirnya semakan 1989..baru pembaca akan faham.. sudah setengah abad akta ppm ujud tetapi masih ramai tak faham ..


Designed by Najjah Indahart