Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 17 February 2009

KURSUS LANJUTAN KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP MUDA

Tarikh : 5 hingga 7 Mac 2009
Masa Lapor Diri : 2.00 petang
Tempat : Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.


OBJEKTIF KURSUS:

1. Memberikan latihan kepada pemimpin untuk mengendalikan

kumpulan Pengakap di daerah Hulu Terengganu secara lebih cemerlang.
2. Memberikan pendedahan kepada pemimpin berkaitan sumber-sumber

latihan dan program terkini.
3. Memperbaharui pengetahuan (refresher course) serta maklumat

berkaitan aktiviti kepengakapan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
bagi pemimpin lama.
4. Memperkasakan kepimpinan Pengakap Sekolah (kumpulan) daerah Hulu

Terengganu ke arah pencalonan Pengakap Raja.

SYARAT KELAYAKAN PENYERTAAN:

1. Pemimpin Pengakap berumur 21 tahun ke atas.
2. Pemimpin-pemimpin Pengakap sepertimana berikut:
PERNAH menjalani Kursus Kepimpinan Manikayu serta memiliki sijil

Kursus Manikayu Penerangan / Pengenalan / Peringkat 1.
3. Bayaran pendaftaran RM60.00 untuk setiap peserta meliputi makan,

minum, bahan kursus serta sijil. Sumber kewangan boleh didapati dari
Kewangan LPBT (Kursus).

KAEDAH KURSUS:

1. Perkhemahan 3 hari 2 malam
2. Pengisian teori
3. Latihan amali

No comments:


Designed by Najjah Indahart