Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 3 February 2009

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE-7

Tarikh :

30 Mei 2009 hingga 04 Jun 2009
Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )

Tema :

"KEAMANAN SEJAGAT"

Lokasi :

Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka.

Yuran :

Yuran Jambori sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutan semasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori ( kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan , Tag )

Bayaran :

Cek atau Bank Draf atas nama : " MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA "

Keperluan :

Setiap Kontinjen hendaklah membawa khemah dan ubatan peribadi serta menyediakan insuran diri peserta.

Makanan dan minuman :

Disediakan oleh peserta / kontinjen sendiri.

Peserta :

Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing-masing.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba, kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air dan pelbagai lagi.

# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.

Pengesahan :

Sila lengkapkan borang maklumbalas penyertaan Jambori dan kembalikan kepada Setiausaha Jambori PADA atau SEBELUM 10 APRIL 2009.

Terima kasih atas perhatian dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka sedia menunggu maklumbalas dan menyambut kehadiran peserta di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ;



….‘Di Mana Segalanya Bermula…’


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI MELAKA
674-A, Taman Melaka Raya,

75000 Banda Hilir,

Melaka, Malaysia.


No comments:


Designed by Najjah Indahart