Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 4 July 2009

JOTA / JOTI ke 52 ... Climate Change Challenge C3



Tema untuk Perhubungan Pengakap Sedunia pada tahun ini adalah isu-isu berkaitan Alam Sekitar selaras dengan kerja-kerja dan tumpuan sedunia kepada United Nations Framework Convention on Climate Change Conference (COP 15) di Copenhagen pada 7 - 18 December 2009.

Perbincangan di radio dan internet semasa JOTA / JOTI akan menyumbang ke arah mempertingkatkan kesedaran peserta kepada isu-isu alam sekitar berdasarkan kepada World Scout Environment Programme.Diantara topik perbincangan didalam program JOTA / JOTI adalah:

1 . Bencana alam semulajadi
2 . Kesiap siagaan kepada bencana alam
3 . Tenaga alternatif untuk stesen JOTA anda
4 . Jejak karbon

Untuk tahun ini, JOTA mempromosi stesen 'hijau' dan untuk memperlengkapkan Climate Change Challenge ("C3") peserta perlu:

1. Membantu stesen radio JOTA anda menjadi stesen 'hijau'. Adakah stesen radio anda mesra alam sekitar? dan bolehkan anda mengurangkan kesan jejak karbon stesen radio?
2. Berbincang dengan 2 pengakap yang berbeza dari 2 negara yang berbeza berkenaan langkah-langkah untuk mengurangkan jejak persekitaran anda
3. Mempelajari masalah alam sekitar berhampiran stesen radio JOTA dan menulis langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan keadaan alam sekitar tersebut

Maklumat lanjut berkenaan JOTA / JOTI ke 52 sila layari laman sesawang : jota.sub.cc.Para Pengakap yang berminat untuk turut serta didalam porgram JOTA / JOTI ke 52 sila berhubung dengan pegawai bertugas:

Pegawai :

En. Zakran bin Abdul Manan
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
(Pentadbiran dan Pengurusan)

En. Ahmad Razif bin Ramli
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
(Unit Komunikasi)

No comments:


Designed by Najjah Indahart