Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday 11 July 2009

Perkhemahan 100 Tahun PPM / Jambori Di Udara Asia Pasifik Kali Ke-5

Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada ahli Pengakap daerah Hulu Terengganu untuk berkomunikasi secara jarak jauh dengan ahli Pengakap di rantau Asia Pasifik (bertaraf antarabangsa) serta mendedahkan ahli Pengakap bahawa kepengakapan adalah Persaudaraan Sejagat.

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN:
Terbuka kepada SEMUA AHLI PENGAKAP yang berminat.
PENYERTAAN ADALAH DIUTAMAKAN KEPADA:
PERKHEMAHAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN PPM :
Unit Pengakap Kanak-Kanak (Sekolah Rendah) - Tahun 4 & Tahun 5

JAMBORI DI UDARA ASIA PASIFIK KALI KE-5 (5th APR JOTA) :
Unit Pengakap Muda (Sekolah Menengah) - Tingkatan 1 & 2
Unit Pengakap Remaja (Sekolah Menengah) - Tingkatan 4
Unit Pengakap Kelana (Sekolah Menengah & Belia) - Tingkatan 6 Rendah

KESIHATAN:
Disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan.

KEBENARAN BERTULIS:
Telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga dan kuasa penganjur kumpulan / Pengetua / Guru Besar.

YURAN PENYERTAAN PERKHEMAHAN:
Yuran Penyertaan Individu:
RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) untuk urusan Makan/Minum peserta, pentadbiran/pengurusan kem, lencana dan bahan aktiviti.

Semua pembayaran atas nama
PASUKAN LATIHAN PENGAKAP HULU TERENGGANU.

PERMOHONAN
PENYERTAAN:
Tarikh tutup penyertaan pada :
22 Julai 2009 (Rabu)
Permohonan penyertaan lewat, selepas pendaftartan tersebut tidak akan dilayan.

Borang penyertaan mesti dihantar kepada:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 KUALA BERANG,
(U.P. : ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN ALI)

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila berhubung terus kepada :

ENCIK ESHAM BIN BUSU
PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP (LATIHAN)
DAERAH HULU TERENGGANU
esh_tie@yahoo.com / quberscout@gmail.com
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
  • Khemah
  • Lampu suloh
  • Seragam Lengkap
  • Baju T (sekurang-kurangnya 2 pasang / helai )
  • Kasut sukan sekurang-kurangnya ( 2 pasang )
  • Keperluan ubat peribadi (Minyak Angin)
  • Peralatan Mandi (Tuala / Selipar / Sabun)
  • Peralatan Sembahyang
  • Peralatan Tulis (termasuk Pensil Warna) dan Buku Log
  • Tali Nylon (2 meter) untuk latihan tali temali
  • Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu dan dibenarkan.

KEBERSIHAN:
Peserta mestilah menjaga kebersihan kawasan perkhemahan pada setiap masa.

SAMPAH DAN SISA MAKANAN:
Peserta dilarang membuang sisa makanan ke dalam longkang.

MAKANAN & MINUMAN:
Makanan dan minuman sepanjang perkhemahan akan disediakan oleh pihak penganjur perkhemahan.

Jumaat – Makan Tengah Hari / Minum Petang / Makan Malam / Minum Malam
Sabtu - Sarapan / Minum Pagi / Makan Tengahari / Minum Petang / Makan Malam / Minum Malam
Ahad – Sarapan / Minum Pagi

*Peserta dikehendaki menyediakan pinggan dan gelas plastik.

PELAWAT:
Pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan tanpa kebenaran URUSETIA. Jika hal mustahak sila berjumpa dengan URUSETIA bertugas.

PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI:
Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan pelawat (ibu/bapa/penjaga) tanpa kebenaran, atau penyertaan akan dibatalkan.

Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan. Jika berlaku kehilangan pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab. Telefon bimbit boleh disimpan pada pemimpin sekolah masing-masing.

KEBENARAN MELAWAT:

Kebenaran masuk pelawat-pelawat ke kawasan perkhemahan adalah tertakluk kepada pihak urusetia perkhemahan.

No comments:


Designed by Najjah Indahart