Program ini adalah di bawah peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk Sekolah Kurang Murid (SKM). SK Menerong (HT-33) merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih. Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) ini telah dijalankan 21 Julai 2009 [Selasa] dengan penyeliaan empat orang guru (Puan Norra Mohd Basir-BSMM, Encik Esham Busu-Pengakap, Encik Mohd Adnan Seman-Pengakap & Cik Azlina Alias-Pengakap). Antara lokasi yang telah dilawati ialah Terengganu FM, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Bergambar kenangan bersama DJ Terengganu FM, Jaja di dalam konti Terengganu FM
AQELA menyampaikan cenderahati kepada Encik WARA (Wan Abdul Rahman Hayat) mewakili Pengarah Penyiaran Kawasan Timur
Bergambar kenangan di hadapan Terengganu FM
RAKAMAN PENGHARGAAN BUAT
- Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
- Jabatan Penyiaran Kawasan Timur [Terengganu FM]
- Muzium Negeri Terengganu
- Puan Hasmah Hamzah, Guru Besar SK Menerong
- Para Ibubapa Murid yang terlibat
- Para Guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
No comments:
Post a Comment