Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 13 July 2009

Terkini dari QUBERSCOUT....

Perkhemahan sempena Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Hulu Terengganu dan Jambori Di Udara Asia Pasifik kali ke-5 (5th Asia Pasifik Jamboree On The Air) akan dijalankan di Tapak Perkhemahan, Sekolah Kebangsaan Menerong, Ajil, Terengganu Darul Iman. Kedua-dua program ini akan dijalankan secara serentak bermula 31 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009 dengan menggabungkan semua unit Pengakap termasuk Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

Objektif utama program ini jalankan ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat serta ahli Pengakap sendiri bahawa kewujudan pasukan beruniform Pengakap sudah melepasi 100 tahun dan masih lagi relevan dengan situasi masakini. Ahli-ahli Pengakap juga akan didedahkan dengan aktiviti komunikasi daripada pemimpin-pemimpin Pengakap yang berpengalaman serta bertauliah dalam penggunaan radio amatur di samping menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti kembara hutan, merentas sungai dan sebagainya.

Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu juga mensasarkan penyertaan sehingga 400 orang peserta dari seluruh pelusuk daerah Hulu Terengganu.

No comments:


Designed by Najjah Indahart