Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Tuesday 21 July 2009

Pemangku Raja dilantik Penaung Majlis Pengakap Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Penaung Majlis Pengakap Negeri Terengganu sempena Majlis Pemasyhuran Pelantikan tersebut, di Istana Maziah, semalam. Pelantikan tersebut disertai Ketua Pengakap Negara, Datuk Sri Dr Shafei Mohd Salleh yang menyembahkan Tauliah Pelantikan berkenaan kepada Tengku Muhammad Ismail beberapa minit sebelum majlis pemasyhuran berakhir.
Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail dianugerahkan Bintang Semangat Padi Perak.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja; Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan kerabat-kerabat diraja.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Tengku Bentara Raja; Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu merangkap Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Datuk Abdullah Taib serta Exco negeri. Selain itu, Dr Shafei ketika ditemui berkata, pemilihan Tengku Muhammad Ismail sebagai penaung adalah tepat kerana beliau mampu menjadi ikon kepada pelajar.

Beliau turut berbangga apabila Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bakal menghadiahkan sebidang tanah kepada persatuan.

Sehingga kini, seramai 120,000 ahli pengakap di Terengganu termasuk di peringkat universiti aktif melaksanakan program pengakap.

Petikan dari Sinar Harian : Selasa 21-7-2009

No comments:


Designed by Najjah Indahart