TENGKU MUHAMMAD ISMAIL BERANGKAT KE KEMPORI
KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Keberangkatan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin ke Kempori Diraja Pengakap Negeri Terengganu 2009 di Kem Telaga Batin dekat sini petang semalam disambut meriah oleh peserta dan masyarakat.
Baginda diiringi kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Kira-kira 1,200 peserta termasuk petugas dan penduduk tempatan memenuhi dataran kem berkenaan.Pada program itu yang berlangsung tiga hari dan berakhir esok, Tengku Muhammad Ismail turut mendemonstrasi acara meniti jambatan monyet, anyaman ketupat, memasak masakan rimba dan memanah.
No comments:
Post a Comment