Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 2 November 2009

Kempori Diraja Pengakap Terengganu 2009 ... Petikan Berita

KEM PENGAKAP NEGERI DI TELAGA BATIN
2 November 2009 / 14 Zulkaedah 1430

KUALA TERENGGGANU 1 Nov. - Kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Kem Integriti di Telaga Batin dekat sini sebagai Kem Pengakap Negeri bagi memastikan segala aktiviti dan program yang dijalankan dengan lebih tersusun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, apabila siap ia bakal dilengkapi pelbagai kemudahan untuk program berasaskan perkhemahan dan motivasi.
Bagaimanapun, katanya, kem seluas 13.6 hektar itu bakal dikongsi bersama Kem Integriti sedia ada.

"Kem ini akan memberi faedah kepada kira-kira 35,000 ahli pengakap di negeri ini selain boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain termasuk kegunaan orang ramai," katanya selepas menghadiri majlis Penutupan Kem Kempori Diraja di Telaga Batin di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Seramai 800 orang pengakap seluruh sekolah di Terengganu menyertai kem tersebut yang turut dihadiri oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kempori Diraja berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan sebuah lagi tapak kem untuk kegunaan Pengakap Negeri.

Jelasnya, ia berikutan permohonan Pengakap Negeri untuk menjadi tuan rumah penganjuran Jambori Peringkat Malaysia pada 2012."Kawasan hutan simpan di Rantau Abang seluas 16 hektar bakal dijadikan kem pengakap jika Terengganu berjaya menjadi tuan rumah pada tahun itu," katanya.

No comments:


Designed by Najjah Indahart