Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 2 November 2009

Terima kasih.....

Alhamdulillah... Setinggi syukur ke hadrat Ilahi, berakhir sudah Kempori DiRaja Pengakap Negeri Terengganu pada 29 okt - 1 nov yg lalu...

Di sini, saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Kempori, ingin merakamkan jutaan terima kasih dan infiniti penghargaan buat semua kontinjen dari seluruh negeri Terengganu yang bertungkus lumus menjayakan kempori ini. Tanpa anda, tiada erti lah kempori ini..

Juga ingin merakam berbanyak ampun dan maaf jika ada terdapat sebarang salah silap, terkasar bahasa, tersalah urus, dan bermacam kesalahan lagi sepanjang kempori ni berlangsung... harap dapat dimaafkan... kita merancang, dan rancangan Allah lebih baik buat kita...

Walaupun hujan lebat semasa kempori, tetapi itu tak melunturkan semangat para peserta untuk berkhemah... Kehadiran KDYMM Pemangku Raja memberi 1001 makna buat pengakap negeri Terengganu untuk maju selangkah ke hadapan... i.allah, jika ada rezeki dan peluang, Pengakap negeri Terengganu akan menganjurkan lagi jambori2 di peringkat negeri mahupun peringkat antarabangsa... sama2 kita doakan...

Dan diharap, dengan aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat menimba pengalaman yang berguna supaya dapat dibawa balik dan dihadamkan didalam kehidupan seharian...

I.allah, gambar2 sepanjang kempori, akan diupload nanti... Tungguuuuuu....

adli ishak...

No comments:


Designed by Najjah Indahart