Seramai 88 orang peserta dari 22 buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu telah terpilih untuk mengikuti kursus ini. Para peserta telah didedahkan kepada asas kawad secara teori dan praktikal oleh jurulatih-jurulatih kawad yang terlatih. Para peserta juga didedahkan kepada format pemarkahan pertandingan kawad serta tatacara pemakaian unit-unit beruniform.
Para peserta adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5 sekolah rendah daerah Hulu Terengganu dari pelbagai unit iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Tuan Haji Abdul Rahman A. Bakar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) Hulu Terengganu telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan serta merasmikan penutupan kursus tersebut. Beliau berharap agar murid-murid yang telah mengikuti kursus ini akan menyebar luas ilmu serta pengetahuan berkaitan kawad kepada murid-murid yang tidak terpilih untuk mengikuti kursus ini. Beliau juga berharap agar Pertandingan Kawad SR 2010 akan memperlihatkan peningkatan penyertaan serta saingan di antara pasukan kawad yang terlibat.
- AQELA
No comments:
Post a Comment