Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Saturday, 29 November 2008

Al-Fatihah ... Terengganu Kehilangan Pemimpin Disegani


Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengaminkan doa ketika menziarah jenazah Dato' Razali di Lorong Kenanga, Batu Buruk. -Foto SHUHAIMI AHMAD.
Negara dan negeri Terengganu khasnya, kehilangan seorang pemimpin dan tokoh akademik berwibawa serta disegani ramai kerana pengalaman dan idea bernas yang sering dilontarkan bagi melahirkan cerdik pandai dalam pendidikan di negara ini.
Allahyarham, Dato’ Razali Ismail, 59, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, kembali ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, Pahang secara mengejut ketika sedang bermain badminton, kira-kira jam 6.30 petang, semalam (28 November).
Beliau meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff, 51, dan lima anak iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Batu Buruk, Kuala Terengganu, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, bersebelahan pusara ibu Allahyarham, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini (29 November) .
Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya, To’ Puan Noraini dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah dan Muhammad Nurazli dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).
Dato' Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN) dan bergiat secara langsung dalam politik sejak 2004.
Oleh: Aida Abd Rahman
Unit Komunikasi Negeri

2 comments:

rosmah said...

dia bekas pengetua MPKTBR yang berkaliber. suka dengar idea dan cara beliau berucap. salam takziah. alfatihah...

Anonymous said...

dato' adalah yang dipertua persaudaraan pengakap bp terengganu..


Designed by Najjah Indahart