Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Wednesday 11 June 2008

KE MANA HALA TUJU PENGAKAP ... Satu Pandangan Peribadi

QUO VADIS Pengakap ...

"Quo Vadis" ialah satu frasa dalam bahasa latin yang memberi makna 'Ke Mana Tujuan Anda?'. Frasa "Quo Vadis" ini juga telah mengingatkan saya kepada dalam lingkungan akhir 90an, di mana mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan telah menyuluh frasa ini untuk dilihat oleh semua Pemimpin Pengakap di negeri Terengganu. Saya amat bersetuju, agar soalan ini dapat didengari serta difahami intipatinya oleh setiap Pemimpin Pengakap Kanan dan juga Kiri, Besar ataupun Kecil, Jauh mahu pun Dekat... Tapi saying pada masa tersebut saya tak berkesempatan untuk menghadiri SEMINAR QUO VADIS PENGAKAP NEGERI TERENGGANU (tahunnya saya lupa).

Tiada hasutan atau pun kepentingan diri yang menyerlah dalam diri saya untuk menulis perkara ini dalam blog ini. Setelah saya alami dan melihat sendiri permainan "bahaya" oleh setiap Pemimpin Kanan atau Bekas Pemimpin Kanan Pengakap dalam menegakkan kebenaran masing-masing. Bagi saya tiada seorang daripada Tuan-Tuan yang benar samada di peringkat mana sekalipun, terutama sekali Pemimpin-Pemimpin Besar Pengakap Kebangsaan... Tindakan Tuan-Tuan lebih menonjolkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ahli-ahli Pengakap. sebenarnya, tanpa ahli-ahli Pengakap siapalah Tuan-Tuan?

Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, ingin saya nyatakan pendirian saya hanyalah untuk Pengakap bukan kepada individu... Ini saya buktikan, walau di zaman siapa yang berada di kerusi Pesuruhjaya Negeri (samada Tuan Haji Wan Ibrahim @ Tuan Haji Othman), saya tetap memberikan apa sahaja idea yang bersarang di kotak fikiran saya dan juga mencurahkan sebanyak mungkin tenaga yang diperlukan serta mampu saya sumbangkan.

Konflik demi Konflik, Isu demi isu timbul...

Saya ingin menekankan beberapa aspek yang perlu kita ambil kisah... BUKANNYA pingat yang pelbagai warna, atau berapa lingkar di atas sebagai "hiasan" bahu, atau berapa biji kayu manikayu yang bergantungan di dada (sedangkan dalam dada tu kosong).... Manakala di kotak pemikiran masing-masing tiada sekelumit pun untuk manafaat AHLI PENGAKAP…

Kalau benar perjuangan ORANG BESAR yang kononnya sayangkan PENGAKAP, tetapi tindakan Tuan-Tuan membawa PENGAKAP ke arah kehancuran… Dan tindakan tersebut juga telah membakar semangat mereka yang memang tidak suka melihat PENGAKAP itu GAH di persada Kokurikulum… Serta BENAK FIKIRAN KANAK-KANAK, REMAJA DAN BELIA.

Satu cadangan dari saya ialah umur perjawatan dalam PENGAKAP juga harus dikaji semula… Umur Maksima untuk memegang jawatan biarlah 60 tahun… Kerana semakin tua individu, saya rasa makin liat pemikiran seseorang itu… Ahli Pengakap kebanyakkannya di bawah 30 tahun… (kalu tak caya… Buatlah kajian….)

KEAHLIAN
Sudah sampai masanya... Setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sendiri pembangunan ahli tetapi dalam satu format yang sama di seluruh negara. Ibupejabat PPM hanyalah menerima statistik keahlian dan sewajarnya memikirkan perkara-perkara yang lebih global.

LATIHAN PEMIMPIN
Skim latihan Pemimpin perlu dikaji serta diperturunkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Pasukan Latihan Negara melatih Pasukan Latihan Negeri. Pasukan Latihan Negeri melatih Pasukan Latihan Daerah. Sistem pencalonan daerah sepatutnya digunapakai... supaya tidak timbul sebagai contoh daerah Hulu Terengganu masih tidak mempunyai seorang yang bertaraf 3 bead lagi sehingga kini... Tiada Pentaraf Pengakap Raja.... Tak tahu pulak saya, berapa umur PENGAKAP Hulu Terengganu…

PROGRAM DAN SKIM LENCANA (SEMUA UNIT)
Program yang dirancang sepatutnya disokong penuh serta mendapat bantuan yang sewajarnya dari semua pihak atasan dalam PPM Kebangsaan, Negeri atau Daerah. Saya amat faham, Pemimpin tertinggi memang tak sempat nak memikirkan program untuk ahli Pengakap, lagipun lebih banyak isu yang perlu diperhalusi.
Skim-skim Latihan Lencana semua unit harus dikaji semula mengikut peredaran zaman… Dengan harapan ahli Pengakap tidak jemu dengan hidangan yang terdapat di dalam Pengakap… Terfikirkah Tuan-Tuan yang kini kononnya sedang berjuang untuk Pengakap….

PENGHARGAAN
Setiap insan harus dihargai... Barulah orang yang memberikan penghargaan itu akan dihargai oleh mereka yang pernah menerima penghargaan. Bukan calitan warna pada dada kiri.... Tetapi sekadar terima kasih atau pun tahniah.... Tapi tolonglah jangan menabur janji.... Kerana kita memang selalu dihidangkan dengan janji manis… selepas sahaja setiap program atau projek….


KESIMPULAN
Berfikirlah setiap individu dalam Pengakap ataupun di pinggir Pengakap…. Kita telah mengkhianati AHLI PENGAKAP (Kanak-Kanak, Remaja, Belia)… Satu hari nanti kita akan didakwa sebagai pemusnah PENGAKAP…

Kembalikan keceriaan KEPENGAKAPAN…
Kembalikan kehangatan KEPENGAKAPAN…

Terima Kasih ... Sekalung Penghargaan kepada:

  • Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
  • Tuan Haji Othman Ismail, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu
  • Tuan Haji Ariffin Othman, Mantan Pesuruhjaya KLM 30
  • Tuan Mohd Salleh Ismail, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu
  • Encik Mohamad Sulaiman, Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Terengganu
  • Encik Norjamalullail Mohd Nor, Jurulatih Pengakap (Kebangsaan)

Terima Kasih kepada Tuan-Tuan yang menjadikan saya sebagai seorang Ahli Pengakap yang berhati "BATU"......

No comments:


Designed by Najjah Indahart