Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Sunday 8 June 2008

KEMPORI PENGAKAP QUBER 2008 ... PETIKAN BERITA ...

KEMPORI QUBER 2008

BERITA OLEH ESAH ABDULLAH
FOTO OLEH SHUHAIMI AHMAD


Ahli pengakap yang menyertai Kempori Quber 2008 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang



Seramai 1,450 pengakap seluruh Malaysia berkampung di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, menyertai Kempori Quber 2008, selama lima hari bermula 23 Mei lalu.

Selaku tuan rumah Terengganu paling ramai menghantar peserta iaitu 827 orang manakala negeri yang menyertai perkhemahan pengakap yang julung kali diadakan ini termasuklah Johor,Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

“Terdapat 25 acara dijalankan sepanjang lima hari berada di sini, kebanyakan program mendedahkan mereka kepada semangat setiakawan dan jati diri,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Mohd Razali Salleh di majlis perasmian Kempori Quber 2008 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, hari ini (25 Mei).

Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia dan Sukan), Encik Zahanafi Sagaf dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Rahman Bakar.

Katanya, golongan ini perlu diberi pengetahuan yang mendalam untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia global hari ini dan dengan menyertai perkhemahan sebegini semangat kekitaan dan cintakan negara perlu diperkuatkan.

Kempori Quber yang turut dihadir 50 paramedik dari Kuala Lumpur dan Singapura berjaya mencapai sasaran penganjur untuk menjadikan program ini suatu yang dinantikan pada masa akan datang.



No comments:


Designed by Najjah Indahart