Salam Sejahtera... Salam Perpaduan... Salam Pengakap...
Terpanggil untuk AKELA mencoretkan sedikit pandangan berkaitan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di negeri Terengganu tercinta. Sudah mencecah 100 tahun usia Pengakap sedunia... AKELA hanya bermula semula melibatkan diri dengan Pengakap pada tahun 1994... Sebelum itu AKELA pernah melibatkan diri dengan Pengakap pada tahun 1980-1983 (semasa di SK Bukit Guntong, Kuala Terengganu)... Tapi semasa itu AKELA hanyalah ahli biasa yang sememangnya biasa segala-galanya.... Namun begitu sehingga hari ini pun, AKELA masih lagi seperti biasa... Tanggungjawab yang diberikan akan dipikul dan disempurnakan dengan sebaik mungkin...
Terfikir oleh AKELA... Kenapa di usia Pengakap 100 tahun ini yang sepatutnya mematangkan pergerakan ini sendiri tetapi telah berlaku disebaliknya... Kekadang bagi AKELA mungkin betul teori penuaan manusia sendiri, semakin lanjut usia semakin bertambah kekurangannya seseorang manusia itu... Berbanding usia Pergerakan Pengakap yang seharusnya menyambut usianya genap seabad itu... Dengan acara sambutan yang gemilang tetapi berlaku disebaliknya... Perpecahan demi perpecahan... Saman menyaman... Pulau memulau... Hilang halatuju...
Pada suatu situasi, AKELA berpendapat berlaku pertembungan dua dimensi generasi kepengakapan menjelang usianya seabad... Golongan pertama ialah golongan veteran ataupun boleh diistilahkan sebagai golongan feudelmental... Katanya golongan ini amat menyayangi institusi kepengakapan... Sehingga sanggup melakukan apa sahaja supaya mereka dapat kekal dalam institusi pengakap itu sendiri, tanpa mengira adakah (cara pemikiran) mereka masih relevan ataupun sudah agak ketinggalan oleh arus permodenan yang semakin mencabar... Golongan ini terdiri dari mereka yang sememangnya telah banyak berjasa kepada dunia kepengakapan pada usia mereka remaja dan belia dahulu... Namun begitu sedar tak sedar, zaman telah berubah... Cabaran mendatang adalah berlainan versi... Kemahuan remaja-belia hari ini sudah semakin berbeza... Dunia sudah menjadi satu persempadanan yang tidak bertepi... Tindakan demi tindakan telah diambil... Tindakan-tindakan ini dilakukan demi mengekalkan kekuasaan golongan berkenaan... Walaupun dari segi sokongannya tidak seberapa... Tambah-tambah lagi sebahagiannya sudah tidak berautoriti dalam sebarang bidang... PENCEN atau BERSARA...
Walaupun begitu, AKELA amat menyanjung golongan feudelmental ini... Tanpa mereka (penggiat Pengakap Veteran Terengganu)sudah pasti tiada aktiviti KEPENGAKAPAN di bumi tercinta ini... Tetapi secara peribadi AKELA berpendapat golongan ini sudah kehilangan halatuju sebenar semasa mereka mula-mula melibatkan diri dengan KEPENGAKAPAN... Mereka memperlekeh kebolehan golongan muda... Sedangkan golongan muda ini adalah hasil didikan mereka sendiri... Tiada pengiktirafan kepada golongan muda terutama yang melaksanakan tugas dengan jaya serta sempurna... Malahan mereka yang bermuka-muka pula diiktiraf walaupun usia mereka dalam kepengakapan hanyalah setahun jagung... Kekadang tiada pembuktian tugasan yang utama (merancang atau melaksanakan sesuatu tugas khas atau projek)...
Golongan kedua adalah merupakan belia dan muda (bukan remaja)... Rata-rata umur mereka di antara awal 30-an sehingga 50-an... Daripada golongan ini berlaku perpecahan di kalangan mereka mengikut pengaruh masing-masing... Mereka membina empayar sendiri... Boleh dikatakan ada di antara mereka ini mempunyai maksud yang tersirat di samping melibatkan diri dalam kepengakapan... Penganugerahan Manikayu, Perlantikan sebagai Pentaraf, Pencalunan sebagai Penolong Jurulatih Kebangsaan/Antarabangsa, Perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri/Daerah dan Penganugerahan Pingat dan darjah kebesaran dalam PPM...
Kalau diperhatikan secara kasar perkara-perkara yang saya sebutkan di atas kelihatannya kecil serta remeh... Tetapi kalau diperhalusi, ia boleh meranapkan pergerakan pengakap secara perlahan ataupon secara pantas...
Golongan serpihan ialah golongan yang melaksanakan kerja atau lebih dikenali sebagai orang atas padang... Mereka bertungkus lumus melatih ahli-ahli pengakap... Terkadang mereka lebih popular dari Pesuruhjaya Daerah... Pesuruhjaya Negeri... Ketua Pesuruhjaya... sehingga Ketua Pengakap Negara...
Terdapat juga golongan yang terus meminggir dan mohon untuk keluar baris serta beralih arah ke unit-unit beruniform lain atau menggunakan kepakaran melibatkan diri dengan beberapa kem latihan dan juga pusat kokurikulum sama ada di jabatan pelajaran negeri dan juga institut pendidikan tinggi...
MANGSA... MANGSA... MANGSA... Adalah ahli Pengakap yang rata-rata di kalangan murid yang berumur 9 tahun sehingga 12 tahun, pelajar yang berumur 13 tahun sehingga 19 tahun, remaja, belia dan dewasa yang amat berminat... Namun begitu kepentingan peribadi telah mengatasi kepentingan ahli... Program yang dirancang di peringkat bawahan dianggap tidak boleh dilakukan... Sedangkan mereka sendiri kekeringan idea... Pemimpin-pemimpin hari seharusnya memikirkan satu kaedah untuk menyatukan semua yang selama ini sudah terlerai... Himpunkan semula menjadi serumpun... Bangkitkan kesegaran serta keceriaan dunia ahli pengakap... Fikirlah jika kita hebat masih ada lagi orang lain yang hebat...
- Duduk diam sekejap...
- Berfikir untuk mereka...
- Bukan untuk kita...
- Wassalam... Jumpa lagi dilain masa...
- 73... Cheriooooooooooooo
No comments:
Post a Comment