Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Friday 9 October 2009

Al-Fatihah ... Buat Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu


Allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan, mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.45 petang [8 Oktober 2009]. Allahyarham meninggal dunia akibat mengidap penyakit kanser. Jenazah akan dikebumikan pada jam 10.oo pagi, 9 Oktober 2009.

Allahyarham merupakan seorang Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu yang komited serta tegas dalam meneraju Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu. Jasa serta bakti allahyarham kepada aktiviti kepengakapan akan terus menjadi inspirasi pengakap daerah Hulu Terengganu [Ikuti laporan : "Dalam Kenangan Bersama..."].

Seluruh warga Pengakap Hulu Terengganu mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga allahyarham Tuan Haji Wan Ibrahim Hasan atas pemergian allahyarham buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman... al Fatihah

No comments:


Designed by Najjah Indahart