Kempori ini akan berlangsung bermula dari 29 Oktober 2009 dan akan berakhir pada 1 November 2009. Namun begitu, beberapa kontinjen daerah telah mula sampai bermula dari pagi 28 Oktober 2009 lagi. Manakala, pihak pengurusan masih lagi sedang berusaha dengan seberapa daya upaya serta kekuatan yang ada untuk memberikan sentuhan terakhir bagi persiapan kempori yang akan mencatat sejarah kepengakapan Terengganu.
Adalah dijangkakan seramai 1000 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak dan juga Pengakap Remaja akan menghadiri kempori ini. KDYMM Tuanku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Negeri Terengganu akan mencemar duli untuk bersama-sama ahli pengakap Terengganu menjayakan kempori bersejarah ini.
Para pegawai serta petugas telah mula melaporkan diri bermula dari 27 Oktober 2009 untuk membuat persedia terakhir sebelum bermula sesi aktiviti yang dijangkakan akan bermula pada 30 & 31 Oktober 2009.
Beberapa orang pemimpin kontinjen daerah Dungun sedang membina binaan gajet
Beberapa orang pemimpin kontinjen daerah Kuala Terengganu sedang bebincang
Dua buah jentolak sedang membuat kerja-kerja pembersihan tapak perkhemahan
Beginilah rupa ruang pameran kontnjen daerah Hulu Terengganu ... Ni belum siap agi tu...
No comments:
Post a Comment