Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday 12 October 2009

Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009 ... QUBERSCOUT Team


Alhamdulillah, semenjak diumumkan pelaksanaan Kempori Di Raja Pengakap Negeri Terengganu 2009, AQELA telah sedaya upaya berusaha untuk menggerakkan ke arah penyertaan kontinjen Pengakap Hulu Terengganu. Walaupon di peringkat awalannya terdapat suara-suara yang menyarankan agar kontinjen Pengakap Hulu Terengganu tidak menyertainya.




Namun begitu, setelah berlaku beberapa perbincangan beberapa rakan telah bersetuju untuk memberikan kerjasama untuk menjayakan kontinjen Pengakap Hulu Terengganu ke Kempori tersebut. Persiapan demi persiapan telah dijalankan untuk menyertai kempori, antaranya persiapan ruang pameran kontinjen yang akan dikendalikan oleh AQELA.




Oleh itu, untuk kiriman ini AQELA akan memperkatakan tentang persediaan bagi menjayakan ruang pameran kontinjen Pengakap Hulu Terengganu. Sudah pastinya AQELA akan meletakkan ruang pameran kontinjen untuk kempori ini sebagai satu "kejutan" dan anjakan kepada pergerakan kepengakapan di daerah Hulu Terengganu.




Ruang pameran akan dibahagikan kepada lima [5] bahagian, iaitu:

1. Pentadbiran

2. Program dan Aktiviti

3. Latihan

4. Info Kepengakapan Sedunia

5. Koleksi Lencana [swapping]




AQELA tidak akan memperincikan kandungan ataupun bahan yang akan dipamerkan. Semestinya anda perlu hadir ke ruang pameran kontinjen Pengakap Hulu Terengganu atau ruang pameran http://www.quberscout.com/. Banyak yang akan anda saksikan yang tak pernah anda saksikan di tempat lain.




Pastikan juga anda beraktiviti "bertukar lencana kenangan" di ruang pameran kami. AQELA akan pastikan tiada seorang pon yang akan pulang dengan tangan kosong jika anda membawa lencana yang menarik...




JUMPA DI SANA........

No comments:


Designed by Najjah Indahart