Click Here To Help Quberscout To Survive...

Selamat Datang...

Monday, 26 October 2009

Update Kempori DiRaja 2009

Salam pengakap,

Semalam telah berlangsung mesyuarat ketua - ketua kontinjen dan persembahan malam tuanku bersama2 ketua2 kontinjen dan P Suk Bhgian Protokol dan Istiadat... Antara info yg sempat saya garab:

1. semua kos makan dan minum petugas, peserta, pegawai dan urusetia (UNTUK 1000 ORG SHJ) ditanggung oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu... kecuali minum pagi... harap setiap kontinjen, sediakan jugak makanan untuk kontinjen, takut ada masalah nanti...

2. Barangan yg perlu dibawa oleh setiap peserta adalah seperti biasa kecuali baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping, krn peserta akan ikut serta bersama KDYMM untuk solat jumaat di Masjid Tok Jembal...

3. buluh untuk setiap kontinjen telah siap di atur, dan nanti tinggal ambil jer, cuma setiap subkem disediakan pondok buluh untuk simpan buluh, bila selesai perkhemahan, harap dapat susun buluh di pondok buluh yg disediakan.

4. Aktiviti pula, ada 25 jenis aktiviti (5 sektor, Sektor A - A1, A2, A3, A4, A5 begitu juga sektor2 yg lain) yang akan dijalankan mengikut sistem terbuka, siape cepat die dapat... so, untuk para pemimpin, harap dapat atur anak2 buah semasa aktiviti dijalankan.

hurm..rasenye itu saje, makluman lanjut boleh rujuk pd ketua kontinjen masing2... Selamat BerKEMPORI!!...

Sekteriat KEMPORI DIRAJA 2009

No comments:


Designed by Najjah Indahart